Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Invest RM40 Juta Untuk 'World Cup', Anggaran Pulangan RM250 juta untuk RTM' - Baca Penjelasan Lelaki Ini, Netizen Jangan Cepat Melatah

31 Mei 2018

Berita baik untuk semua peminat bola sepak apabila semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengumumkan siaran percuma tayangan 41 dari 64 perlawanan Piala Dunia 2018 di saluran RTM. Siaran secara langsung adalah daripada 27 perlawanan manakala 14 lagi siaran tertunda. Sebelum ini, hanya Astro yang mendapat hak siaran Rasmi untuk Piala Dunia yang berlangsung setiap empat tahun itu.

Bagi membeli hak penyiaran perlawanan, kerajaan dilaporkan bersetuju memperuntukkan bajet sehingga RM40 juta. Butiran mengenai bagaimana peruntukan akan dibelanjakan bakal dijelaskan ketika taklimat khas mengenai kewangan negara hari ini.

Keputusan itu lantas menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mendakwa tindakan itu umpama membazir dan tidak selari dengan keputusan kerajaan yang mahu mengamalkan dasar berjimat cermat dalam perbelanjaan kewangan negara.

Tampil memberi pandangan berhubung isu berkenaan, seorang netizen Zulhafidz Yahaya melalui laman facebooknya. Penjelasan ini dibuat supaya netizen tidak terlalu cepat melatah dan faham dengan keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan baharu. Bagaimana pula pandangan anda? Nilaikan sendiri.

Betul ke Rm40 juta untuk worldcup tu belanja hangus?


Ada orang rtm explain 40juta tu bukan belanja hangus. 40juta beli hak penyiaran sebulan.

Iklan 10 saat waktu penyiaran tu berharga rm15k, 30saat iklan 30k. (contoh per slot, biasanya airtime tak jual perslot, ada pakej2 terus untuk sepanjang penyiaran etc. Tambahan, Peak rate beza dengan normal ratecard)

Sepanjang hari ada 2 atau 3 game. Sepanjang 1jam sebelum perlawanan ada berapa iklan. 15minit halftime berapa iklan muat. 1jam selepas game lagi. Iklan waktu ulangan siaran lagi.

Darab dengan bilangan game dan siaran. 40j invest. Bakal dapat lebih daripada 250juta income kepada RTM milik kerajaan. (read additional notes)


Ini juga sebahagian dari usaha untuk menaiktaraf Rtm dalam tempoh 6 bulan seperti yang di arahkan kementerian.

(awani telah ambil langkah drastik sejak pru14, rating naik berganda kerana pendekatan baru, mediaprima tv3 drop dan rugi beberapa tahun kerana pendekatan mereka bawah kerajaan sebelum ini, RTM very slow move berpuluh tahun dikenali sebagai media propaganda kerajaan sahaja, low rating.

Selamat Pagi Malaysia tak lincah macam, MHI, NLKO, Assalamualaikum, etc. RTM style 80an, jadi menteri baru nak revive RTM to be better.

Wc18 jadi batu loncatan utk tarik viewer, and tarik content provider to sell great contents to Rtm, with good graphics, motion reel terkini etc2)

Kalau tgk hypptv ada channel W. Content indipendent banyak ditayang disini. Orang niaga mesti tahu bab trafik broadcast, content investment, etc.

Belanja 40 dapat 250. Bukan belanja hangus.

Kisahnya..


The 250 is a forecast number. not to be exact. tak tak wajib dapat sebegitu. selain airtime advert, akan ada roadshow, merchandise, mcm-mcm rights lain etc. To be fair, the number boleh jadi lebih sikit, atau lebih banyak, depends on how team KKM,RTM will promote more. This is merely to justify, its not a non-profit 40j investment. dan bukan belanja hangus.

You can add more studies on similar cases on NFC, Sturgeon, and more to be more fair jika berminat and suka untuk study where tax moneys go and wheres the ROI.

Normal ratecard is different to peak/special rate card. some countries do the bidding for this kind of rights. broadcasting rights will give benefits more than just numbers.

RTM akan dinaiktaraf dalam tempoh 6 bulan dan worldcup ini menjadi batu loncatan. tidaklah nanti bosan melihat grafik, visual rtm yang seperti 80an.

For the advertising fee and advertiser, jangan lihat kemampuan penaja dalam negara sahaja tuan-tuan, its a world event. Cuba lihat iklan utama MotoGp, Trivago, boleh check berapa kemampuan marketing budget trivago dan investor disebaliknya.

ASTRO actually untung billions on wc. Tp tak bolehlah letak level sama dgn rtm. Astro ada jualan lain. Astro ada apps. Jutaan org download apps, dpt revenue dari google lagi. Boleh tambah iklan on apps lagi. Astro ada langganan biasa dan langganan Hd. Roadshow. Merchandise etc. Thats why billions.

Share boleh. Nak copy boleh. Nak copy as jawapan kepada status2 yang menyoal rm40j ni pun ok. Cuma minta jasa baik. Jangan perli, caci maki, maki hamun, etc. We all Malaysian. Kita semua warga negara.

As warga negara Malaysian semua ada hak untuk tahu benda yang mereka tak tahu, waima dari parti apa sekalipun.

Dulu kita tak tahu langsung berapa kerajaan bayar itu ini untuk apa apa tema perayaan, rtm, contoh event warna-warna Malaysia di dataran merdeka, citrawarna etc, rakyat tak tau.

Tapi kerajaan baharu ni telus, beritahu serba serbi hal perbelanjaan awam.. Which is a good new thing. Cuma keghairahan pada angka angka ni akan berlaku pada pihak pembangkang.

Sebelum ni. Tanpa ada mana mana pemecahan monopoli, semua keuntungan advertising skala besar di monopoli oleh Astro. (F1, motogp, Worldcup, etc)

Kerajaan kini nak memecahkan monopoli itu, agar astro akan kurangkan bil tuan-tuan bila dia dah tak dapat monopoli.. Bila ada persaingan sihat, astro akan turunkan harga dia la nanti.

Kalau kerajaan nak paksa dia turun harga pakej dia, kerajaan kena bayar pampasan atau beri subsidi jika dia setuju turun harga astro. Seronok tak kalau harga astro murah? Seronok tak kalau harga internet murah?

Kerajaan tak boleh push mana mana pihak untuk turun harga (bukan keperluan am) sebab itu hak peniaga. Tapi kerajaan boleh kontrol, dengan cara merendahkan kemonopolian perniagaan.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "