Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini 5 Sebab Mengapa Honor 9 Lite Patut Menjadi Peranti Bajet Pilihan Untuk Tahun 2018

8 Mei 2018


Honor menawarkan pilihan telefon pintar hebat pada harga bajet dalam bentuk Honor 9 Lite pada awal tahun ini. Peranti tersebut dijual dengan harga permulaan RM 749.00. Ia merupakan peranti dengan tetapan 4 kamera; 2 kamera utama di bahagian belakang dan 2 kamera swafoto di bahagian depan. Dengan rangka peranti diperbuat sepenuhnya dari kaca, Honor 9 Lite memberikan pengguna pengalaman peranti kelas utama tetapi dengan harga kelas pertengahan. Berikut merupakan 5 sebab Honor 9 Lite perlu menjadi ‘King of Budget Smartphone’ untuk tahun 2018.
1.  Rekaan Hebat dengan pengalaman mengujakan menonton bersama FullView yang tiada tandingan
Satu perkara yang ketara boleh dilihat mengenai Honor 9 Lite adalah rekaan luaran yang cukup memukau. Semuanya dibantu dengan bahan binaan kaca 2.5D yang disalut ke dalam rangka peranti pada skala nano optikal. Proses penggilapan seterusnya melalui 12 proses lapisan memberikan produk akhir dengan efek cermin bersama gilapan yang menarik perhatian kepada sesiapa yang melihatnya. Tidak semua peranti kelas pertengahan menggunakan bahan luaran dari kaca yang selalu digunakan oleh peranti kelas utama. Dihasilkan melalui teknologi PPVD, Honor 9 Lite dijamin tidak akan meninggalkan kesan cap jari di badan peranti, memastikan Honor 9 Lite sentiasa kelihatan hebat tak kira tempat dan masa.





Honor berjaya mengekalkan ukuran badan peranti pada 5.2 inci dan meletakkan skrin paparan FullView HD Display berukuran 5.65 inci bersama-sama rekaan bingkai nipis menghasilkan nisbah aspek 18:9, satu ciri yang diutamakan untuk peranti tahun 2018. Skrin paparan Honor 9 Lite menawarkan skrin resolusi setinggi 2160 x 1080 piksel, terbaik yang pengguna boleh dapatkan untuk kategori sebegini.


Skrin paparan FullView 18:9 dengan FHD+ Display dari Honor 9 Lite ini menghampiri dengan nisbah aspek 21:9 yang digunakan oleh pawagam supaya pengguna boleh hilang dalam pengalaman menonton cerita kegemaran mereka di telefon pintar Honor 9 Lite.

Kelebihan menggunakan skrin paparan 18:9 juga boleh membantu dalam meningkatkan produktiviti seharian anda. FullView Honor 9 Lite menyokong sepenuhnya fungsi split screen yang membolehkan pengguna menjalankan dua aplikasi dalam masa yang sama.

2.     4 Kamera HD bagi menghasilkan gambar yang cantik dan profesional

Honor 9 Lite menggunakan tetapan 4 kamera kamera dengan 2 kamera sebagai sistem kamera utama dan 2 kamera swafoto di bahagian panel hadapan denga masing-masing menggunakan sensor 13MP+2MP.
Kamera swafoto Honor 9 Lite menawarkan mod potret setanding kamera utamanya yang dilengkapi dengan aperture luas f/2.0. 2 kamera bekerjasama bagi menangkap butiran subjek dan dalam masa yang sama mengumpul depth of field bagi menghasilkan swafoto yang tampak profesional dan efek bokeh yang kelihatan semulajadi.


Honor 9 Lite menawarkan beauty level kepada pengguna membolehkan mereka mengubahnya sendiri bagi menghasilkan gambar swafoto yang lebih cantik dan menarik.

Untuk kamera utama pula, Honor 9 Lite memberikan pengguna sistem kamera yang terbaik untuk menangkap gambar pemandangan dan juga potret. Teknologi dwi-kamera Honor membantu pengguna menghasilkan gambar dengan ketetapan tinggi dan tidak lupa juga seni fotografi yang ada di dalam setiap gambar.
Honor 9 Lite menawarkan beberapa fungsi atau mod kepada pengguna peranti. Antara adalah:
Wide aperture -  bukaan lensa berada di tahap paling besar bagi cahaya untuk masuk ke dalam sensor seterusnya menghasilkan gambar yang terang dan jelas walaupun berada di dalam keadaan kurang cahaya
Backlit shooting HDR mode -  HDR membantu subjek ditangkap kelihatan lebih hidup dan warna terhasil membuatkan gambar lebih menarik dan cantik.

Kawalan tangan - Honor 9 Lite juga menampilkan kawalan tangan untuk kamera swafoto supaya pengguna hanya perlu melambaikan tangan mereka ke skrin paparan dan gambar swafoto akan terus diambil tanpa pengguna perlu menekan butang shutter.

Konfigurasi Premium- Honor 9 Lite tidak kurang hebat juga dari segi perkakasan kerana peranti ini menggunakan cip 8 teras Kirin 659 yang sangat pantas dengan kelajuan jam pada 2.36GHz dan unit pemprosesan grafik tersendiri untuk penggunaan peranti yang lancar.
Sistem nyahkunci menggunakan pengimbas cap jari, Fingerprint identification 4.0 membantu pengguna menyahkunci peranti hanya dalam 0.25s.

3.     EMUI 8.0- OS Generasi Terbaru Yang Dipacu Oleh Android 8.0 Oreo
Honor 9 Lite memakai EMUI 8.0 yang terbaru yang diilhamkan oleh Android 8.0 Oreo. EMUI 8.0 memastikan pengguna mendapat pengalaman yang terbaik dari Honor dari segi pengurusan bateri dan kelancaran antaramuka yang boleh didapati di dalam Honor 9 Lite.
Selain fungsi split screen yang disebut tadi, EMUI 8.0 juga membantu Honor 9 Lite memaparkan skrin mengikut orientasi yang dipilih pengguna dan menyusunnya dengan lebih cantik. Paparan FullView juga dilengkapi dengan fungsi Anti-mistouch yang memastikan skrin dengan tidak sengaja disentuh secara langsung melancarkan penggunaan peranti.
4.     Face Unlock

Dengan kemaskini terbaru oleh Honor untuk Honor 9 Lite, fungsi Face Unlock kini sudah boleh digunakan untuk peranti. Fungsi ini membantu pengguna menyahkunci peranti dengan hanya menggunakan wajah mereka dengan lebih mudah dan pantas.
Anda boleh dapatkan info lanjut tentang  Honor 9 Lite dengan melayari Vmall atau laman sosial Honor Malaysia.





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Biarlah Orang pada ngomong itu musrik hanya tuhan yg tau. mungkin ini salah satu jalan rejeki sy. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam

  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Tertarik dengan teknologi kamera smartphone ni. Memang berbaloi bagi sesiapa yang suka ambil gambar tu :)

    BalasPadam
  4. SITUS BANDAR ONLINE 2017 DEWALOTTO
    BURUAN BERGABUNG SEKARANG JUGA

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  6. Ayo daftarkan diri Anda di Update Betting :)
    pin bbm 7ACD8560

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "