Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.
Lazimnya, sepanjang proses berlakunya pilihan raya sehinggalah semasa hari mengundi berlangsung terdapat beberapa persoalan yang biasa ditanya kepada pegawai bertugas. Mungkin ada diantara kita juga masih tidak tahu akan beberapa perkara penting sepanjang proses pengundian dijalankan. Berikut adalah antara soalan-soalan yang biasa ditanya, sebagai panduan untuk kita semua. Semoga bermanfaat.
Sumber: Undinegaraku SPR
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877