Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Malang Umur 16 Tahun Dibakar Hidup-Hidup Oleh Perogolnya Yang Takut 'Kantoi' Dengan Keluarga Mangsa

15 Mei 2018

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas dibakar hidup-hidup oleh perogolnya. Ia merupakan kes ketiga berturut-turut yang dilaporkan berlaku di India.

Gadis malang itu dibakar selepas dipercayai mengugut mahu melaporkan kejadian rogol itu kepada ibu bapanya. Suspek berusia 26 tahun yang berang kemudian bertindak sedemikian dalam kejadian yang berlaku di daerah Sagar di negeri Madhya Pradesh.

Dua lagi gadis menjadi mangsa kejadian ganas yang sama kira-kira seminggu lalu di negeri Jharkhand. Seorang mangsa dilaporkan maut manakala seorang lagi sedang bertarung nyawa di hospital.


Pihak polis dalam satu kenyataan memberitahu gadis itu diserang dan rogol ketika berada seorang diri di rumah pada Jumaat lalu.

''Kami telah menahan dua suspek. Salah seorang daripadanya merupakan sepupu kepada mangsa yang dipercayai bertindak memaklumkan kepada suspek utama bahawa mangsa berada seorang diri di rumah.

''Suspek utama dilaporkan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak,'' kata pegawai polis dari pejabat polis Sagar.

Dalam kejadian berasingan, 14 lelaki ditahan selepas seorang gadis berusia 16 tahun ditemui mati terbakar dipercayai mangsa rogol di Jharkand, minggu lepas.


Gadis malang itu dipercayai dilarikan daripada rumahnya ketika keluarganya menghadiri majlis perkahwinan. Mangsa dipercayai dirogol di dalam semak berdekatan.

Beberapa hari kemudian, seorang lagi gadis yang kini sedang bertarung nyawa di hospital menjadi mangsa rogol sebelum penjenayah tersebut menyimbah minyak dan membakarnya hidup-hidup.

Pihak berkuasa India kini berhadapan dengan tekanan dan desakan orang awam agar bertindak lebih tegas terhadap kes jenayah serangan seksual. Bantahan mula memuncak selepas kejadian sekumpulan lelaki merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan beragama Islam berusia 7 tahun di Jammu. Kejadian tersebut telah menyemarakkan kembali ketegangan agama dan rusuhan di Kashmir.

Ia merupakan kes paling berprofil tinggi di hadapi polis India sejak tahun kes rogol dan bunuh seorang pelajar perempuan dalam sebuah bas di New Delhi pada 2012 yang membangkitkan kemarahan orang ramai.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "