Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dulu Seorang Jutawan, Kini Lelaki Ini Tinggal Di Pulau Terpencil Tanpa Bekalan Air Dan Elektrik

11 Mei 2018
3 ulasan

SYDNEY: Seorang lelaki yang pernah bergelar jutawan suatu ketika dahulu kini terpaksa akur dengan meneruskan hidupnya di sebuah pulau terpencil selepas dirinya diisytiharkan muflis 20 tahun lalu.

David Glasheen, 73, yang berasal dari Sydney North Shore, Australia membuat keputusan untuk membawa diri tinggal bersendirian di sebuah pulau terpencil di Restroration Island  bagi menghabiskan sisa hidupnya akibat terlalu kecewa dan tertekan kerana kehilangan kekayaannya sekelip mata.

Hidup bersendirian di pulau itu tanpa sebarang bekalan air dan elektrik ternyata membuatkan David lebih bahagia berbanding sebelumnya.

“Saya dapat kebenaran menyewa pulau ini bagi tempoh 50 tahun dan membuat keputusan untuk terus menetap di pulau ini walaupun serba-serbi kekurangan,” ujarnya.


Dia juga mengambil upah sebagai pemandu pelancong di sekitar pulau tersebut untuk menampung keperluan hariannya.

Jelasnya, upah yang diperolehnya tidak banyak tetapi cukup sekadar menampung keperluan sehari-harinya di pulau itu.

Terdahulu, David dipercayai kehilangan AS10 juta miliknya akibat krisis kewangan dunia yang berlaku pada 1987 sehingga menyebabkan dirinya diisytihar muflis dan lebih menyedihkan apabila dia tinggalkan isterinya.

Sumber- Dailymail

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "