Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cuba Bayangkan Kita Di Usia 90 Tahun, Nak Berjuang Untuk Negara Lagi Ke? - Netizen

10 Mei 2018
3 ulasan

Gelombang PRU14 kali ini menjadi fenomena luar biasa apabila suara rakyat berpihak kepada kerajaan baru Pakatan Harapan. Sejarah baru telah tercipta apabila Barisan Nasional berjaya ditumbangkan setelah 61 tahun mentadbir negara, bukan satu tempoh yang singkat.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian, figura lelaki yang berusia lebih dari separuh abad ini. Tak lain tak bukan, Tun Mahathir bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh sekaligus akan mencatatkan sejarah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.

Turut viral di media sosial, coretan oleh seorang netizen Fatihin Abshar yang mungkin boleh membuka mata rakyat Malaysia dengan 'warna' politik negara yang berlaku sekarang. Masih ada lagi ke yang mahu berjuang untuk negara di usia senja sebegini? Anda nilaikan.

KENAPA MAHATHIR?

Ramai yang pasti tidak berpuas hati kenapa Mahathir bukan? Personally saya pun tak suka, tapi bukan soal saya suka tak suka, tapi apa yang terbaik untuk negara.


See the bigger picture. Umpama kita tengah lawan Thanos, tetapi kita tak puas hati dengan Starlord tiba tiba emosional. Adakah kita belasah Starlord dulu walaupun kita geram dengan dia?

Kita akan fokus untuk kalahkan Thanos dahulu. Kita perlu sedar, hanya beliau saja yang mampu mengalahkan UMNO dan BN.

Ketika krisis UMNO berlaku 1990, Pas menang besar hasil kerjasama dengan Semangat 46 di bawah Tengku Razaleigh.

Pas menguasai Kerajaan Kelantan apabila kesemua 39 kerusi Dun dimenangi Pas-25, Semangat 46- 12, Berjasa - 1 dan Hamim-1.

Dengan bekerjasama, kita menjadi kuat, berseorangan, kita runtuh. Adakah Mursyidul Am ketika itu mengatakan jangan kepada kerjasama ini kerana dosa Tengku Razaleigh begitu besar?

Waktu Anwar Ibrahim dibuang oleh Tun Mahathir sendiri. Ustaz Fadzil Noor, dengan ketajaman politik, terus menziarahi rumahnya malam itu juga untuk menghulurkan tangan. Malah pertemuan dirahsian kerana Ustaz Fadzil Noor risau pimpinan tidak memahami apa dibuat olehnya.

Bayangkan Anwar Ibrahim telah membuatkan Pas berpecah belah ketika kemasukan beliau ke UMNO, selepas itu beliau menjadi musuh ketat PAS.

Namun, Ustaz Fadzil Noor berpandangan jauh dan besar. Bukan dendam dan beremosi. Ini peluang untuk partinya. Hasil kerjasama PKR, DAP, membentuk Barisan Alternatif pada 1999.

Dengan ijtihad politik beliau, kerajaan Terengganu berjaya dipimpin oleh PAS dan Tuan Guru Hadi Awang dilantik sebagai Menteri Besar! Sekali lagi membuktikan dengan bekerjasama, kita menjadi kuat, berseorangan, kita runtuh.

Jika kita lihat sirah Rasulullah saw. Jika Nabi tidak memaafkan Khalid Al Walid. Panglima perang yang satu satunya telah mengalahkan Nabi di Perang Uhud. Dengan counter attack yang tidak disangka sangka. Rasulullah saw juga luka dari perang ini.

Bagaimana agaknya jika Rasulullah saw tidak memaafkan? Adakah beliau akan digelar Pedang Allah?

Dan Panglima Perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan. Sehingga Umar al Khattab risau akidah umat islam waktu itu sudah goyah kerana terlalu yakin kepada Khalid Al Walid

Ya barangkali perbandingan ini melampau kerana Mahathir PASTI bukan Khalid Al Walid. Ya tolong faham. Saya takkan sama Khalid Al Walid dengan Mahathir. Jauh beza darjatnya.

Tetapi lihat dengan kaca mata rahmat Allah swt. Islam itu memaafkan dan harapan, bukan hukuman dan makian.

Islam itu membina jambatan, bukan membina tembok. Siapa kita? kita Tuhan? kita perlu sedar, semua orang berbuat dosa dan berhak bertaubat darinya.

Ketika Nabi membuat ucaptama di Madinah, "Wahai manusia, sebarkan salam, berikan makan, dan solatlah di waktu malam sementara orang lain tidur"

Nabi mengfokuskan menrapatkan silaturahim antara Muslim dan Non Muslim, semua kaum di Madinah. Nabi juga ingin mengfokuskan membangunkan ekonomi supaya semua orang boleh mencari makan dan memberi.

Inilah fokus Nabi terlebih dahulu. Bukannya menghukum dengan mengenalkan undang undang islam. Tetapi fokus memperkasakan perpaduan dan ekonomi.

Kerana bagaimana kita ingin bicara hukum mencuri jika ekonomi sepi? Tiada pekerjaan dan tiada peluang perniagaan.

Semua maklum kebijaksaan Nabi dalam kes telaga dengan Yahudi dan pasar baru Islam yang tiada caj. Sangat sangat liberal dari segi ekonomi. Open market.

Tetapi ini langkah pertama. Memperkasakan ekonomi terlebih dahulu. Begitulah indah Nabi menakluk hati hati penduduk Madinah. Islam nampak mudah dan indah.

Ya, jika kita suka Mahathir, kita akan kata beliau berkorban pada usia tua untuk berjuang demi negara.

Kalau kita tak suka beliau, kita kata orang tua nyanyuk yang tamak kuasa, licik dan gila.

Namun, di waktu beliau boleh saja menikmati elaun puluhan ribu, di waktu hujung usia boleh saja berehat melancong ke sana ke mari.

Cuba bayangkan kita umur 90 tahun, nak berjuang ke negara ke? Saya pun kalau sudah tua baik saya main cak cak dengan cucu saya. Nak apa lagi. Duit ada, nama ada, but he choose to fight!

Dia dimaki. Dia perlu jilat balik ludah beliau yang lama! Bertan tan pula air liur beliau kena jilat. DAP yang beliau kata rasis. Beliau perlu berbaik dengannya.

PKR yang ditubuhkan kerana sikap maha firaun beliau pecah Anwar Ibrahim!bDia pula bertanding atas tiket PKR. Such a irony, kalau menang boleh buat filem.

Mahathir perlu merendahkan diri demi ingin betulkan apa yang beliau tinggal sekarang. Pembangkang pun terpaksa berjiwa besar, memaafkan semuannya demi MASA DEPAN NEGARA.


Jadi salahkan kita beri peluang Mahathir untuk menumbangkan BN sekarang? Untuk masa depan negara dan anak cucu kita?

Ya, saya ialah penyokong PAS. Saya dikaderkan waktu di kampus. Memegang portfolio perkaderan, merancang silibus untuk ahli baru PAS. Namun saya mengundi Pakatan Harapan pada kali ini.

PRU15 saya akan undi PAS jika PH tidak perform! Namun sekarang fokus kepada visi yang lebih besar. Pasti ramai yang persoalkan.

Ya PH tidak sempurna, saya hampir ingin rosakkan saja undi saja. Isu fitnah Nurul Izzah. Isu Kajang Move, yang ini saya ada side story yang mungkin tidaklah sejahat yang disangka.

Tapi jika kita mencari kesempurnaan, sampai bila kita tiada platform seperti itu.

Saya hormati semua pandangan. Hujah PH ini kuda tunggang DAP, liberal, feminist. Habislah Melayu. Tapi kad racism inilah dicanang waktu PAS bertahaluf dengan DAP ketika dahulu.

Adakah PAS tunggangan DAP waktu zaman Tuan Guru Nik Aziz? Adakah islam dihina waktu Tuan Guru Nik Aziz? Sudah sudahlah dengan hujah Cina Cauvanis, dakyah Kristian. Jangan takut takutkan dengan orang Melayu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. NUMPANG PROMO BOSKU
    SILAHKAN GABUNG DI DEWALOTTO
    BANYAK PROMO MENARIK !

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "