Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak Albino Maut Gara-Gara Kepercayaan Karut, Diculik Dan Dipenggal Kepala Untuk Tujuan Pemujaan Ilmu Hitam

16 Mei 2018

Seorang kanak-kanak albino perempuan berusia 5 tahun menemui ajal selepas diculik dan dipenggal gara-gara anggota badannya diperlukan dalam pemujaan ilmu hitam.

Sekumpulan lelaki bersenjata melarikan kanak-kanak malang itu dari keluarganya yang tingga di kampung Fana, utara Bamako di Mali.

Menurut polis, mangsa ketika itu sedang lena bersama ibu dan kakaknya di rumah sebelum penculik-penculik tersebut datang menyerbu dan melarikannya.


Ibu kanak-kanak malang itu pada mulanya cuba mengejar penjenayah-penjenayah itu namun berpatah balik setelah menyedari anak keduanya yang juga seorang albino mungkin berada dalam keadaan bahaya.

''Kami cuba menjejaki kedudukan kanak-kanak itu. Kami akhirnya menjumpai jasadnya berdekatan masjid, namun tidak berkepala,'' kata seorang guru yang juga penduduk di kampung itu, Oumar Diakite.

Penduduk kampung yang menyalahkan kawalan lemah pihak berkuasa sebagai punca kejadian mengerikan itu kemudian bertindak melakukan rusahan dan membakar pondok polis separa tentera di Fana.

''Kami menuntut keadilan untuk kanak-kanak ini, kepalanya dicuri. Ini adalah satu ritual jenayah,'' kata seorang aktivis, Mamadou Sissoko kepada media.

Sissoko yang juga Setiausaha Umum Persekutuan Persatuan Orang Dengan Albinism Afrika Barat (FAPAO), mendakwa jenayah tersebut mempunyai kaitan dengan dunia politik, memandangkan pilihanraya presiden Mali yang bakal berlangsung Julai nanti.

''Setiap kali musim pilihanraya, kami (albino) menjadi mangsa kepada mereka yang ingin menjalankan ritual ilmu hitam. Insiden ini bukan insiden kali pertama yang berlaku di Fana.

''Kerajaan perlu bertanggungjawab,'' katanya.

Seorang pemuzik tersohor Mali yang juga seorang albino, Salif Keita, sudah sekian lama menjalankan kempen bagi melindungi golongan albino.


Selain Mali, golongan albino di negara-negara lain seperti Mozambique, Malawi, Tanzania, Zimbabwe dan Afrika Barat turut menjadi sasaran kumpulan pemujaan ini.

Berpuluh-puluh orang albino direkodkan menjadi mangsa penculikkan dan pembunuhan setiap tahun di Afrika, dimana anggota badan golongan albino ini diperlukan dalam ritual pemujaan untuk mendapatkan kekayaan, kejayaan dan tuah.

Albinism adalah penyakit yang mempunyai kaitan dengan genetik di mana penghidapnya mengalami pengurangan penuh atau sebahagian pigmentasi pada kulit, rambut dan mata, menyebabkan fizikal kelihatan berlainan.

Selain menjadi mangsa dikriminasi, albino juga sering mengalami masalah penglihatan dan berisiko untuk diserang kanser. Di Afrika, krim pelindung kulit sukar ditemui dan mahal, menyebabkan ramai orang albino tidak mampu memilikinya.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "