9 April - Lewat malam semalam telah berlangsung perlumbaan Formula 1 dan Litar Antarabangsa Bahrain menjadi giliran sebagai tuan rumah, lapor ESPN
Perlumbaan sengit itu telah dimenangi oleh Sebastian Vettel dari pasukan Scuderia Ferrari dan diikuti Valtteri Bottas di tempat kedua dan Juara Dunia musim 2017 Lewis hamilton di tempat ketiga.
Perlumbaan di Bahrain dipalit satu insiden yang berlaku di 'pit stop' Ferrari apabila Kimi Raikkonen terlanggar kaki seorang mekanik pasukan itu sehingga menyebabkan patah yang serius.
Pada pusingan yang ke 35, Kimi Raikkonen berhenti di pit stop untuk menukar keempat-empat tayarnya. Apabila dua tayar depannya telah siap ditukar, dia terus sahaja memecut jenteranya sedangkan satu lagi tayar belakangnya belum siap dipasang.
Tindakan itu telah menyebabkan seorang mekanik Ferrari mengalami patah di kakinya apabila dilenyek tayar kereta lumba tersebut.
Mekanik tersebut terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Selepas kejadian tersebut, pasukan Ferrari didenda sebanyak 50,000 euro oleh Federation International Automobile (FIA).
Apparently a shinbone and fibula fracture, our thoughts are with Francesco, stay strong #BahrainGP— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) April 8, 2018
#Seb5 ‘It’s a mixed feeling day, I’m sending my best wishes to him I know our guys are all taking care of him’ #BahrainGP— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) April 8, 2018
Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877