Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tinggalkan 'Supplemen', Ambil 1/4 Jambu Batu Sehari Sudah Cukup Menampung Keperluan Vitamin C Harian Yang Diperlukan Tubuh - Kajian

12 Apr 2018

Kepada penggemar jambu batu, ini untuk anda!

Tahukah anda bahawa jambu adalah buah yang paling berkhasiat dan efektif dalam membantu menurukan paras kolestrol dalam darah manusia serta bagus untuk dimakan setiap hari?

Dikatakan pengambilan jambu batu sebanyak 400 gram sehari bersamaan dengan sebiji setengah selama empat minggu akan memberikan impak yang sangat baik buat tubuh badan serta kulit muka.

Menarikkan? Daripada berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk cantik namun terpaksa menanggung sakit dalam jangka masa panjang, apa kata jika kita jadi pengguna bijak dengan mengambil bahan semula jadi sebagai ganti?

Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini menerangkan khasiat-khasiat jambu batu dengan khasiat vitamin C paling tinggi yang baik untuk tubuh badan.  Dah sedia nak cuba?

Sumber Vitamin C Paling Tinggi, Harga Paling Jimat
Fast Fact Vitamin C


- Vitamin C merupakan vitamin penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan.

- Pembentukan protein untuk membuat kulit, tendon, ligamen dan saluran darah.

- Menyembuhkan luka dan memulihkan parut.

- Perbaiki dan mengekalkan tulang, dan gigi


via GIPHY

- Vitamin C juga penting sebagai ANTIOKSIDAN.

- Antioksidan berperanan menyekat kerosakan sel tubuh badan setelah terdedah kepada bahan kimia merbahaya seperti asap rokok atau radiasi.

- Tanpa antioksidan, ia menyebabkan proses penuaan semakin pantas, penyakit jantung, athritis (penyakit sendi) dan kanser.

- Tubuh badan manusia TIDAK dapat menghasilkan Vitamin C secara semula jadi, oleh itu sumber dari luar diperlukan.

- Antara sumber utama Vitamin C adalah buah buahan.

- Buah buahan tempatan yang kaya dengan Vitamin C adalah jambu batu, betik, tembikai, nenas, mempelam.


via GIPHY

- Sebagai contoh, setiap 100 gram jambu biji memberikan 380% daripada keperluan harian Vitamin C.

- 1 per 4 jambu batu , sudah cukup untuk menampung keperluan Vitamin C harian yang diperlukan tubuh.

- Setiap biji jambu batu berharga kira kira RM 1.50 - RM2.00

- Oleh itu, anda hanya perlu membelanjakan kurang 50 sen untuk keperluan harian vitamin C !

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "