Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Mak Bebel Kau Diam Je, Nanti Dia Dah Tiada, Bebelan Dia Kau Rindu'', Rakan Kongsi Pesanan Akhir Sahabatnya Sebelum Maut Kemalangan

17 Apr 2018

"Aku nak berpesan. Korang kalau mak korang masak walaupun korang ada plan nak keluar makan dengan kawan-kawan, jamah dulu makanan dekat rumah tu. Sebabnya nanti bila mak korang dah tak ada, benda paling korang rindu, masakan dia.

"Korang kalau mak korang membebel walaupun kadang bukan salah korang, kau diam je. Jangan nak melawan sebabnya nanti bila mak kau dah tak ada, yang kau rindukan.. leteran dia," itulah pesanan terakhir yang sempat dibuat oleh Muhammad Azrin bin Rapiza yang difahamkan maut dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.




Perkongsian arwah di Instastory tersebut telah dikongsi oleh salah seorang sahabatnya, Syariel Danial di Twitter pada 15 April lalu ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Melalui tweet yang sama, Syariel Danial turut sempat meminta mana-mana yang mengenali sahabatnya itu agar mendoakan kesejahteraan di sana.

''Sesiapa yang pernah mengenali arwah sahabat saya, minta jasa baik semua sedekahkan al-fatihah kepada sahabat baik saya, Muhammad Azrin Bin Rapiza,'' katanya lagi.


Kami di Siakap Keli mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Muahammad Azrin, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : Syariel Danial
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Tunggu apalagi, ayo kunjungi kami di updatebetting, dan daftarkan diri Anda
    deposit, mainkan dan menangkan taruhannya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "