Seorang lelaki warga Syria dipercayai telah terkandas di terminal Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang selama lebih sebulan.
Kes yang terjadi ini hampir menyamai jalan cerita sebuah filem arahan Steven Spielberg yang bertajuk The Terminal.
Hassan al Kontar, 36, mendakwa dirinya tinggal di lapangan terbang tersebut sejak 7 Mac lalu kerana bimbang ditangkap dan dihantar pulang ke Syria yang sedang dalam keadaan darurat.
Lelaki itu memuat naik video mengenai kehidupan sehari-harinya di laman Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media.
To those who sent me what do I think about temporary solutions.— Hassan Al Kontar (@Kontar81) April 13, 2018
I thank you.
FYI: I believe in humanity no matter what your religious, colour, Ethnicity so to those who say I am maybe a terrorist or ISIS. Well i am sorry to inform you that Iam belong to minority.
Thanks
Hassan pic.twitter.com/zxPb77ze0I
“Saya bimbang diusir ke Syria, bukan kerana saya penakut, bukan kerana saya tidak tahu bagaimana berjuang, tetapi kerana saya tidak percaya dengan pertempuran.
“Saya tidak mahu menjadi mesin pembunuh, memusnahkan rumah sendiri dan menyakiti rakyat sendiri,” jelasnya kepada Reuters menerusi Skype.
Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan keterangannya.
Manakala, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak lapangan terbang tidak menjawab permohonan untuk mengulas.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bertemu Hassan, namun berkata, pihaknya tidak dapat mengulas kes individu.
“UNHCR sedar kes ini dan sudah menghubungi individu dan pihak berkuasa,” kata Yante Ismail, jurucakap agensi itu di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan.
Hassan yang merupakan bekas jurujual insurans berkata, dia tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila perang meletus di Syria.
Dia mendakwa diusir ke Kuala Lumpur pada 2016 selepas kedutaan Syria di UAE enggan memperbaharui pasportnya.
“Mereka mengusir saya ke Malaysia kerana ia antara segelintir negara yang menerima rakyat Syria tanpa visa,” katanya.
Dia mengambil masa lebih setahun sebelum mengumpul wang mencukupi untuk membeli tiket penerbangan ke Ecuador, namun syarikat penerbangan enggan membenarkannya masuk.
Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan bagaimana mengumpul wang.
Lelaki itu, sebaliknya cuba terbang ke Kemboja, namun sekali lagi ditolak pihak berkuasa imigresen dan diusir ke Kuala Lumpur.
Katanya, dia sudah tinggal di zon transit KLIA2 selama 37 hari, bergantung kepada kebaikan kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan untuk makanan serta bekalan keperluan lain.
Sumber- Reuters
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen tersebut?
BalasPadamCoba main disini saja Upd4te Bett1ng
Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin
BalasPadam