Setiap daripada kita itu unik sifatnya. Mempunyai keperibadian masing-masing yang mencerminkan personaliti seseorang. Menurut seorang doktor psikologi dari Swiss, Carl Jung, terdapat 3 jenis keperibadian umum pada manusia, terdiri daripada Introvert, Extrovert dan Ambievert.
Nak tahu apakah jenis keperibadian anda? Adakah anda tergolong daripada golongan yang Introvert atau si pemalu pipi merah?
Perkongsian daripada Aiman Amri melalui laman Facebook dan Twitter miliknya mengulas kekuatan dan personaliti seorang Introvert yang sebenarnya diam diam ubi berisi. Siapa rasa diri dia Introvert?
Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dan paling dahsyat,— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Ada sesetengah orang introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extravert.
Thread kali ini nak cerita, kekuatan sebenar seorang introvert. Be proud lah!
Konsep introvert dan extravert ni, berkait rapat dengan ARAS. Sejenis benda dalam otak kita yang memproses Social Pleasure System.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Senang cerita, bila kita bersosial, otak kita hasilkan sesuatu yang buat kita rasa pleasure.
Kita feel good, feel nice and feel satisfied.
Orang introvert, Social Pleasure System (SPS) dia, cepat ‘penuh’.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Anggap macam ada gelas dalam kepala. Dan SPS ialah air.
Introvert gelas dia kecil. So jumpa orang sikit pun dah penuh gelas. Dia dah seronok.
Beza extravert, dia tak puas. Gelas dia besar, kena lagi banyak SPS.
Gelas SPS introvert ni kecil, so bersosial sikit dah terasa pleasure. Kalau dah penuh gelas dia, dia kena take a step back.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Lari jap. Balik awal, pergi berjalan seorang, pergi baca buku kat kafe, dll.
Senang cerita, dia perlukan me-time.
(Nak pergi makan mee sorang pun boleh)
Sebab itu, introvert selalu dianggap anti-sosial, terutama oleh golongan extravert dan ambivert.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Padahal dorang tak tahu, introvert sebenarnya sangat setia kawan kot. Dorang sangat hargai persahabatan.
Quality melangkaui quantity.
Biar kawan sikit tapi sayang ketat-ketat. 💋
Dalam diam introvert, dia berisi. Suka membaca, suka tengok movie sorang, suka simpan isi hati, ada satu skil akan develop,— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Skil menganalisis.
Deria dia lagi sensitif, lagi tahu siapa ikhlas nak berkawan, suka tengok tingkahlaku orang.
Dia senyap je, tapi dalam kepala, bising.
Ada 4 jenis introvert.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Pertama, the anxious introvert. Jenis yang tak boleh bersosial, cepat gemuruh, takut bercakap depan orang ramai.
Tapi orang macam ni biasanya dia ada kawan rapat sangat. Tempat dia meluahkan, bersembang dan sangat hargai kawan tu.
Till jannah, gituu..
Kedua, the social introvert.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Hampir sama macam Anxious, tapi dia tak suka bersosial, bukan tak boleh (macam Anxious)
Dia prefer berseorangan, pergi mall sendiri, makan tanpa kawan dll.
Dorang suka berseorangan, tapi bukan kesepian.
Being alone and feeling lonely is different.
Ketiga, the thinking introvert.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Golongan pemikir. Ini yang kita kata mulut diam tapi kepala bising.
Dia suka membaca, analisis, review movie dll berkaitan proses otak.
Walaupun tak bersosial, orang macam ni sangat power untuk nampak benda orang lain tak nampak
(Bukan hantu)
Keempat, the restrained introvert.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Jenis tenang, rasional dan ada ciri-ciri leader. Dia sangat jaga kata-kata, tingkahlaku dan boleh bersosial (tapi minimum).
Orang macam ni, nampak senyap je, tapi sekali bercakap, semua terdiam.
Bukan jenis bising tapi tin kosong
Anda introvert mana satu?— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Sebenarnya semua introvert ada 4 ciri-ciri tu. Cuma mana satu yang lagi dominant.
Tak ada test pun nak tahu kita mana satu. Tepuk kepala tanya minda.
Yang penting, tolong faham yang introvert ialah sejenis personaliti, bukannya satu kelemahan diri.
Dalam dunia yang bising, mudah untuk kita nampak Extravert berjaya. Sebab tu ada introvert terfikir sifat dia tu satu kelemahan.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
We have our own success. Ada je aku kenal introvert tapi kerja lawyer, trainer, motivator. Jenis kerja kena bercakap.
And they’re awesome in it!
Tak boleh/pandai bersosial, tak apa. Boleh dilatih.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Yang penting mesti bersosial bila melibatkan kerja, tugasan, assignment. Orang introvert bukannya bisu 😂
Lepas dah habis kerja tu, take a step back lah. Rest. Recharge. Kasi gelas SPS tadi tu kosong balik :)
Introvert biasanya ada kawan rapat yang extravert. Dorang kamceng. Depan orang, sorang bising, sorang senyap.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Tapi bila berdua je, terbalik. Sebab introvert tu selesa dengan kawan extravert dia tu, dia pula jadi bising banyak benda nak cerita 😂
Orang extravert pun biasanya ada kawan introvert. Depan orang, dia yang bising, banyak cakap banyak bersosial.— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Tapi bila berdua je dengan introvert tu, dia banyak senyap, sebab nak recharge balik lepas dah seharian memenuhi tuntutan Social Pleasure System dia 😆
Kesimpulan kali ini, nak cakap yang,— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
You don’t have to change who you are to be successful. You just need to learn to use your personality as a strength.
Don’t have the perception of your personality is a weakness.
You need to accept and love yourself first. Okay?
“A little hibernation is good for the mind. Come out (for a while) when you’re ready.”— Aiman Psikologis (@aimanamri) April 10, 2018
Introvert and Proud!
Don’t change for you are to be successful. But change people’s mindset of what it means to be successful.
Thanks baca. Nanti next thread kita go deep lagi ya.
Sekain.
Introvert, semua pernah dengar kan?
"Pemalu, jenis tak suka bergaul."
"Asyik duduk kat rumah je dorang ni."
"Pendiam, kemudian suka menyendiri. Anti sosial."
via GIPHY
Hakikatnya, sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai siapa dan bagaimana ciri-ciri Introvert, mari kita fahami dulu konsep asasnya,
"Social Pleasure Sistem."
Dalam otak setiap manusia, ada bahagian dinamakan Ascending Reticular Activating System (ARAS), iaitu bahagian yang tentukan sistem kenikmatan sosial kita.
Untuk lebih mudah faham, saya bagi analogi terus.
Bayangkan dalam otak setiap manusia, ada sebuah gelas kaca. Gelas ini dinamakan ARAS. Lain orang, lain saiz gelasnya. Ada orang besar, ada yang kecil, ada yang sederhana.
Apabila seseorang itu bersosial dengan orang lain, satu kenikmatan atau keseronokan dalam pergaulan tersebut, dipanggil "Social Pleasure", anggap ia seperti air.
Fungsi gelas dalam otak kita, ialah untuk simpan air yang kita dapat setiap kali kita bersosial dengan manusia lain.
Oleh sebab lain orang lain saiz gelas, maka orang yang gelas kecil, airnya lebih cepat penuh dan akan melimpah.
Orang yang gelas besar pula, masih boleh masuk lagi air apabila bersosial. Maka, dia boleh bergaul lebih ramai orang.
Kawan kita yang gelas kecil tadi, sebab cepat sangat air penuh, maka dia perlu ambil masa sekejap, asingkan diri, untuk recharge balik. Untuk habiskan air dalam gelas tersebut, minum semua, sebelum boleh mula bergaul semula untuk dapatkan air baru.
Seperti yang anda agak, manusia bergelas kecil ini ialah Introvert, dan bergelas besar pula, Extravert (ya, ejaannya Extravert, bukan Extrovert).
Konsep saiz gelas (ARAS) ini menentukan berapa banyak air (Social Pleasure) boleh masuk. Faham konsep asas ini? Baru boleh teruskan ke isu utama kita, iaitu kekuatan seorang introvert.
Dunia ini dipelopori oleh orang yang "bising", yakni orang Extravert. Mereka lebih terkehadapan, dan diyakini untuk mengetuai sesebuah pasukan, sebab semangat juang mereka tinggi apabila berada dalam khalayak ramai.
Berbeza dengan orang Introvert, mereka sering dipinggirkan, atas sebab, mereka ini pendiam, tak suka bersosial, pemalu dan lain-lain lagi sebab.
Tetapi sebenarnya, Extraversion seseorang itu tidak patut menjadi kayu ukur, "Who is the better leader?". Kerana bias manusia dalam melihat ini, akhirnya Introvert dipinggirkan.
Susan Cain dalam bukunya, Quiet: The Power of Introvert In A World That Can't Stop Talking, ada menyebut perkara ini. Apabila dunia ini dikuasai oleh orang Extravert, dan kerjaya-kerjaya melibatkan interaksi sosial, dipelopori oleh golongan itu juga.
Lantas, apakah kerjaya yang sesuai untuk orang Introvert?
Jawapannya, bergantung kepada minatnya, bukan sekadar pada personaliti Extraversion nya. Contohnya seorang sahabat saya, Introvert, tetapi bekerja sebagai penceramah/trainer di syarikat korporat.
Pelik kah?
Tidak pelik sebenarnya. Malah, apabila kita terus anggap orang Introvert ini tidak sesuai kerjaya melibatkan bercakap, interaksi sosial manusia, atau apa saja yang berkaitan "khalayak umum".
Kerana kita kata, Introvert ini pemalu, introvert ini tak boleh bercakap dengan orang ramai. Lawyer, Debater, Trainer, Teacher dll ini semua kerja orang Extravert. Malah, orang Introvert sesuai berada di sebalik tabir; banker, multimedia, software engineer dll.
Tidak semestinya, kawan
via GIPHY
Kita seringkali kaitkan Introvert dan Pemalu/Pendiam, sebab ramai orang introvert yang Pemalu/Pendiam. Hakikatnya, ada saja yang tak begitu.
Seperti diterangkan awal artikel tadi, Introvert atau Extravert, hanyalah sebuah konsep mengenai Social Pleasure System.
Tiada yang patut kata siapa yang lebih baik daripada siapa. One does not better than the other. They are simply different, that's all.
Maka, menjadi seorang Introvert, bukan perkara yang negatif. Menjadi seorang introvert bukan bermakna seseorang itu tak boleh ceria, periang dan hanya memasamkan muka.
Tidak. Itu tanggapan yang salah.
Ada yang bertanya, apakah ciri-ciri orang Introvert?
Awal-awal saya cakap, tidak adil untuk kita terangkan ciri-ciri secara spesifik kerana tak boleh pukul rata. Bukan semua introvert begini dan begitu, tetapi kita boleh ceritakan pada populasi general sahaja, iaitu:
1. Introvert Sangat Setia Kawan
Mereka punyai kawan rapat yang sedikit, tetapi sangat menghargai persahabatan itu (bukan bermakna Extravert tak setia, ya?)
2. Introvert Sukar Didekati
Kerana mereka kurang gemar berjumpa orang baru. Tetapi percayalah, apabila anda sudah "clicked" dengan golongan ini, anda akan nampak sisi awesome orang introvert!
3. Introvert Ialah Golongan Pemikir
Kerana mereka lebih gemar mendiamkan diri, menganalisis dunia melalui pemikiran mereka. Kerana sebab ini juga, mereka kadangkala, penulis yang baik atau penganalisis yang cekap.
4. Introvert Boleh Menjadi Ketua Yang Baik
Memahami perasaan orang lain, dan antara ciri-ciri paling mahal yang menjadi mereka ketua yang baik, ialah kemampuan untuk "PAUSE" sebentar, berfikir secara rasional, dan memberi respons terhadap situasi semasa.