Mungkin ramai yang belum tahu, soda bikarbonat mempunyai pelbagai kegunaan untuk melancarkan kerja rumah. Ia boleh menjadi bahan alternatif untuk produk-produk sedia ada dengan memberi kesan yang lebih kurang sama. Yang penting mudah didapati dan harganya juga murah.
Jom kita tengok 7 kegunaan soda bikarbonat yang patut mak-mak wajib tahu. Tak rugi mencuba, lepas nie dah mudah la kerja rumah anda. Semoga bermanfaat !
1. Bahan Pencuci Dapur
Soda bikarbonat boleh menjadi bahan pencuci yang efektif. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas span atau kain basah untuk membersihkan mikrowave, peti sejuk, dan peti sejuk beku.
Selain itu ia sesuai dicampurkan dengan sabun untuk membuang kotoran gris, air teh, air kopi dan kotoran makanan pada kuali/periuk dan mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran dan periuk.
2. Bahan Pencuci Pakaian
Soda bikarbonat boleh membantu proses pencucian pakaian anda menjadi lebih mudah dengan melarutkannya ke dalam air atau tabur serbuk ini di atas pakaian atau di dalam mesin basuh.
Ia akan membantu melembutkan pakaian dan menyah bau pakaian. Dalam masa yang sama, ia boleh membantu membuang kotoran kuning, gris dan dakwat yang biasa ada pada bahagian tertentu pakaian seperti kolar, pergelangan tangan baju, dan pakaian dalam.
Jika anda rasa tak power lagi pencuci dan peluntur yang digunakan, anda boleh meningkatkan kuasanya dengan menambah soda bikarbonat semasa proses bilasan.
3. Bahan Pencuci Tandas
Ya, buat kali ketiganya, soda bikarbonat sesuai digunakan sebagai bahan pencuci tandas. Ada beberapa cara untuk anda mengaplikasikannya.
Antaranya ialah dengan membancuhnya di dalam botol spray. Kemudian semburkan ia pada langsir mandian dan dinding untuk menyah kulat.
Anda juga boleh bancuh serbuk soda bikarbonat di dalam baldi yang penuh dengan air dan jirus ke dalam paip untuk menanggalkan kotoran degil dalam paip yang menyempitkan laluannya.
Anda juga boleh menggunakannya untuk menyah kumah pada lantai tandas dan bilik air.
4. Pengilat Barang Berharga
Anda boleh membersihkan barang kemas, barangan perak dan aksesori besi, pinggan mangkuk dan kristal sehingga ia berkilat dengan bantuan serbuk soda bikarbonat.
5. Penyah Dakwat
Anda boleh menanggalkan kotoran krayon, dakwat dan pen dakwat kekal (permanent marker) pada pakaian dan tangan.
6. Penyah Bau Busuk
Soda bikarbonat juga berkuasa menyah bau dengan meneutralkan semula bau-bauan persekitaran dan barang. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas kain basah atau tinggalkan ia di dalam cawan.
Ia boleh digunakan di dapur dengan menyah bau dan kuman pada papan pemotong, menyah bau masakan di dapur, menyah bau busuk daripada tong sampah dan menyah bau tangan selepas lakukan sesuatu yang berbau kuat seperti menyiang ikan.
Selain itu, ia boleh menyah bau kasut, menyah bau tilam dan menyah bau urin binatang seperti kucing dan anjing.
Soda bikarbonat juga berkuasa menyah bau dengan meneutralkan semula bau-bauan persekitaran dan barang. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas kain basah atau tinggalkan ia di dalam cawan.
Ia boleh digunakan di dapur dengan menyah bau dan kuman pada papan pemotong, menyah bau masakan di dapur, menyah bau busuk daripada tong sampah dan menyah bau tangan selepas lakukan sesuatu yang berbau kuat seperti menyiang ikan.
Selain itu, ia boleh menyah bau kasut, menyah bau tilam dan menyah bau urin binatang seperti kucing dan anjing.
Sumber : Vocket
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877