Jerawat Dah Hilang, Tapi Parutnya Masih Kekal Pada Wajah, Ini 7 Tips Mudah Yang Anda Boleh Buat Untuk Hilangkan Jerawat Pada Muka
Jerawat memang satu masalah yang sangat besar buat remaja. Selain boleh menjatauhkan air muka dan keyakinan diri, kehadiran jerawat pada muka juga menyebabkan rasa kurang selelsa terutama jika terdedah pada cuaca panas dan haba.
Namun, apa yang lebih merisaukan bila jerawat dah hilang, tapi parut jerawat masih kekal. Dah la azab tanggung jerawat sebelum ini, ni terpaksa pula 'usung' parut pada muka ke mana-mana sahaja kita pergu. Tentu malu kan.
Tapi tahukah anda, sebenarnya parut jerawat pada muka boleh dirawat dengan menggunakan beberapa bahan yang mudah didapati dan tidak bahaya pada muka.
Ini tujuh petua mudah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah. Semoga mujarab.
1. Kulit Kayu Manis Dan Bedak Sejuk
Apa yang anda perlu buat adalah tumbuk sehingga hancur kulit kayu manis terlebih dahulu. Kemudian, campurkan serbuk kayu manis tersebut bersama dengan bedak sejuk sebelum ditambah sedikit air.
Selepas itu, anda lumurkan semua campuran tersebut pada muka dan anda disarankan mengamalkanya secara kerap sehingga hilang parut jerawat. Malah, ia turut mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
2. Aloevera
Mungkin sedikit rumit untuk mencari tumbuhan ini, namun jika bertuah untuk menjupainya, apa yang anda perlu buat addalah patahkan sedikit daun pokok ini.
Kemudian, anda picit sehingga keluar lendir tersebut dan sapu pada wajah. Lendir yang ada dalam daun aloevera sangat mujarab untuk menghilangkan parut jerawat.
3. Asam Jawa
Caranya agak mudah. Anda cuma perlukan asam jawa dengan sedikit air. Namun anda haruslah memastikan bahawa campuran asam jawa anda dengan air tidak terlalu cair.
Kemudian, anda hendaklah melumur campuran tersebut pada wajah dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur dan biarkan sehingga kering. Anda pasti terkejut dengan kesannya nanti.
4. Madu
Ia mungkin memakan kos yang agak tinggi, tapi apa salahnya kan untuk wajah yang licin. Apa yang perlu anda buat adalah campurkan sedikit bedak sejuk tersebut bersama dengan bedak sejuk dan sapukan pada wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
5. Timun
Timun memang sedap dibuat ulam, tapi sebenarnya ia turut mempunyai khasiat lain yang boleh digunakan untuk merawat parut jerawat.
Anda cuma perlu mengisar timun tersebut terlebih dahulu dan tapiskan airnya. Kemudian, lumurkan hampas timun tersebut pada wajah anda selama setengah jam sebelum dibilaskan dengan air.
6. Daun Senduduk
Ambilkan beberapa keping daun senduduk, kemudian campur dengan sedikit cekur dan segengam beras. Kemudian, anda giling bahan-bahan tersebut sehingga lumat.
Anda boleh menyapu campuran tersebut pada muka dan amalkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
7. Sireh Muda
Bagi mereka yang ada di kampung, tidak sukar sebenarnya untuk mencari daun sireh muda ini. Apa yang anda perlu buat adalah tumbuk sepuluh helai daun sireh sehingga lumat, kemudian tempel pada wajah anda. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang lebih cepat.
Sumber : Maskulin
BalasPadam"Ingin Bermain Togel Online ?
Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?
Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman &
Live Casio
Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%
Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit
Untuk Info Lebih Lengkap
: KELINCI99.ORG
Di Jamin 100% Aman & Terpercaya
Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
Minimal Deposit Rp.20.000
Minimal
Withdraw Rp.50.000
Bet Invest Tidak Ada Batas Line
Minimal Bet 1.000
Tunggu Apa Lagi ? Daftar Sekarang Juga Di :
www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"