Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bapa Minta Cikgu Buat Macam-Macam, Wanita Ini Ingatkan Ibu Bapa Pelajar Jangan Layan Cikgu Macam Bibik

7 Apr 2018
4 ulasan

Cabaran menjadi seorang guru hari ini memang sangat besar. Tanggungjawab mendidik anak murid menjadi semakin getir kerana pelajar hari ini datang daripada keluarga yang sagat melindungi sebarang tingkah laku mereka. Malah tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar ini bijak memanipulasikan keadaan di mana tangan guru ini 'diikat' daripada mengambil tindakan berlebihan terhadap mereka.

Maka tak hairanlah pelbagai kes salah laku berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Kes buli, merokok dan penyalah gunaan dadah biasa di dengar dan pernah dilaporkan dalam akhbar. Tak cukup dengan itu, campur tangan ibu bapa juga memberi tekanan kepada para guru hari ini.

Ada ibu bapa yang sangat demand dengan layanan istimewa untuk anak masing-masing. Ada ibu bapa hari ini mengambil kesempatan atas hubungan baik antara guru dengan ibu bapa pelajar dengan membuat permintaan tidak masuk akal. Macam kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Faridah Salleh ini.

Nak tahu apa perkongsiannya? Kami bawakan untuk anda di bawah.

Bacalah.

Cikgu BUKAN Bibik

"Cikgu nanti pastikan anak saya makan nasik tu jangan letak bla bla bla , dia tak makan bla bla bla";

"Cikgu nanti lepas bersenam masukkan baju basah anak saya tu dalam plastik ya, jangan sampai bercampur dengan buku pulak"

"Cikgu balik nanti letakkan beg anak saya tu di pondok pengawal ya, berat dia nak bawak keluar sekolah"

Arahan-arahan diatas adalah sebahagian dari message yang datang dari ibu bapa melalui text "Group Whatsapp" atau "Personal Messenger" kepada guru-guru terbabit. Kebanyakkannya ibu bapa murid tahun 1 dan 2.

Semakin anak-anak itu membesar, maka ego dan kepala ibu bapa juga menjadi semakin membesar dengan menyalahkan guru dan sekolah atas semua perkara yang dia tidak berkenan berlaku pada anaknya.

Ibu bapa yang biadap melahirkan anak yang kurang ajar, bukan pasal tak cukup ilmu disekolah, tapi sebab mak bapaknya melindungi syaitan kecil itu dirumah.

Sekolah tempatnya mendidik dan membina. Akan ada proses belajar, berlatih dan hukuman. Sekolah adalah kawasan larangan bagi ibu bapa campur tangan. Kalau mak bapak nak masuk jugak, sila jadi cikgu disitu. Kalau tidak sila bawa anak anda keluar dari sekolah itu dan hajarlah mereka sendiri.

Ibu bapa WAJIB hormat guru anak-anak sebagai guru kita sendiri dan bukan sebagai maid atau penjaga sementara kita keluar mencari rezeki. Usah diperlekeh Guru itu kerana dia memandu kereta Proton lama dan kita memandu kereta mewah yang boleh beli 100 kereta Proton Perdana.

Guru-guru juga bukan amah atau orang gaji kita untuk anak-anak kita diuruskan disekolah. Sekolah bukan nurseri, mak bapak tak payah nak jadi sangat bossy arahkan cikgu itu dan begini.

Anak-anak kita ada "Split Personality" bila disekolah dan bila dirumah. Cikgu di sekolah lebih tahu dan kenal anak kita kerana masa yang mereka habiskan bersama lebih panjang berbanding kita sendiri. Mak bapak kena dengar, taat dan menerima komen cikgu terhadap anak tanpa bersungguh untuk menyanggah dan menentang. Sokonglah Cikgu dari segi moral dan apa sahaja yang termampu.

"Ah ! Cikgu sekolah ni semua tak boleh pakai !" Sila bawak anak awak keluar dari sekolah itu dan hajarlah sendiri dengan elmu awak yang boleh dipakai.

"Sekolah ni leceh la, semua tak boleh !, semua nak marah !"Sila bawa anak anda dan lepaskan dia kedalam hutan agar dia bebas sebebas- bebasnya tanpa displin dan tiada binatang yang akan memarahi kesalahannya...

Kita tak perlu mencium kaki Cikgu seperti di Thailand, tapi metafora kerendahan diri itu sangat JELAS tentang isu hormat dan memohon redhanya Sang Guru. Ironinya di Malaysia ku ini, Cikgu yang dikakinya dan mak bapak dengan tegar melindungi perbuatan "mulia" itu.

Guru merupakan KERAMAT bagi anak-anak kita, saya menjadi apa yang saya jadi sekarang antaranya kerana doa Cikgu saya dahulu.

"Syamsul esok bila awak dah jadi lawyer, awak kena tolong orang tau".Itu kata-kata Arwah Cikgu Fatimah kepada saya, Guru darjah 1 saya. Ketika itu dia menyebut dengan nada serius kepada anak yang baru berusia 7 tahun yang juga murid paling nakal dalam kelas 1 kuning.

Saya tidak pernah terfikir untuk jadi apa yang beliau sebut tapi itulah yang berlaku, perkara yang sama terjadi kepada beberapa rakan-rakan yang lain dengan profesyen yang berbeza.

Sehebat mana pun kita sebagai mak bapak, hormatilah Guru-guru anak kita. Zaman sekarang bukan lagi zaman guru merotan hingga pengsan. Saya masih beranggapan hukuman rotan masih releven untuk kes-kes ekstrim namun pendekatan "psychology" juga perlu.

Kita hantar anak ke sekolah untuk jadi pandai, untuk jadi manusia berguna, kalau kita asyik nak memandai dan menentang Cikgu disekolah, ambil lah anak itu, bawa dia pergi jauh di tempat yang lebih sempurna.

Sumber : Cikgu Faridah Salleh
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Macam mana pula pandangan cikgu mengenai cikgu Yang sombong..

    BalasPadam
  2. "Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
    www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"

    BalasPadam
  3. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "