Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Geli La Nak Makan', Nanti, Ketahui Dahulu 7 Manfaatnya Sebelum Katakan Tidak Pada Sup Kaki Ayam

17 Apr 2018

Korang pernah makan tak sup kaki ayam. Ada yang suka tapi tak kurang juga yang geli bila disebut mengenai sup kaki ayam ini. Yelah, kalau difikirkan apa fungsinya kaki ayam itu semasa haiwan itu masih hidup, pasti ada tiba-tiba je rasa kembang anak tekak kan.

Tapi sebenarny, sup kaki ayam mempunyai banyak khasiat perubatannya yang tersediri. Malah, sup kaki ayam bukan sahaja popular di Malaysia, ia turut dinikmati oleh bangsa lain seperti orang Vietnam, China, Korea, Filipinan dan beberapa kaum di Afrika Selatan.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 10 khasiat sup kaki ayam dalam dunia perubatan dan lepas baca ini, anda yang belum pernah menikmati sup kaki ayam, boleh lah cuba.

1. Sup Kaki Ayam Tinggi Kolagen


Satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Veterinar di Universiti Chung-Hsing di Taiwan mendapati bahawa sup kaki ayam mengandungi jumlah kolegen yang sangat tinggi. Malah, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa jumlah kolegen yang ada di dalam sup kaki ayam sama dengan kolegen semula jadi yang ditemui pada sayuran hijau dan buah-buahan.

Kolegen ini adalah salah satu eleman khas yang begitu penting untuk mengekal keanjalan kulit seseorang. Malah, kajian yang sama juga mendapati menikmati sup kaki ayam mampu membantu dalam mengurangkan berat badan. So, kalau anda nak kurus dan nak cantik, makan la sup kaki ayam selalu.

2. Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh


Menikmati sup kaki ayam mampu mengatasi masalah sakit sendi dan mengurangkan risiko tulang rapuh, terutama yang kerap berlaku dalam kalangan warga emas. Apabila umur meningkat, badan tidak lagi mampu mendapat jumlah kalsium dan tulang pula tidak mampu menyerap kalsium dengan baik.

Kajian tersebut menunjukkan terdapat perubahan apabila seseorang menikmati sup kaki ayam. Ini kerana, kaki ayam hanya mengandungi tendon, kulit dan tulang sahaja dimana ia tinggi dengan kandungan kalsium, tulan rawan dan kolagen yang amat mudah diserap oleh badan.

3. Menyembuhkan Kecederaan


Selain itu, menikmati juadah sup kaki ayam juga dapat membantu menyembuhkan kecederaan seperti luka dengan lebih baik.Seperti yang disebut sebelum ini, kandungan tinggi kalsium dan protein amat diperlukan dalam proses menyembuhkan luka pada tubuh badan seperti penghasilan semula tisu saraf, otot dan tulang.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa sup tulang ayam dapat membantu menyembuhkan kecederaan saraf tunjang.

4. Membantu Mengatasi Masalah Penghadaman


Ketika kaki ayam dimasak, semua khasiat yang terkandung pada kaki ayam seperti protein, tulang rawan, kolagen, kondroitin dan glucosamin terlarut di dalam sup sekaligus ia menjadi satu juadah yang berkhasiat, enak dan paling penting mudah dihadam oleh perut.

Kesan pengambilan sup kaki ayam juga mampu menjadikan usus menjadi lebih lembut dan proses pencernaan menjadi semakin baik.

5. Baik Untuk Kesihatan Kuku


Dalam sup yang sama, kaki ayam tutut membekalkan beberapa lagi nutrisi yang amat penting untuk tubuh badan seperti asid amino, glisin, hidroksipolin, dan proline yang turut membantu mengekalkan kesihatan kuku selain membuatkannya nampak lebih cantik.

6. Mengekalkan Kesihatan Gusi


Sup kaki ayam juga dikatakan mempunyai manfaat yang signifikan terhadap kesihatan gusi dan gum. Gum ialah tisu kuat yang berfungsi untuk menyokong gigi. Kekurangan beberapa sumber nutrien boleh menyebabkan seseorang itu mendapat masalah kesihatan gigi.

Dengan menikmati sup kaki ayam, sekurang-kurangnya bahagian penyambung dan tulang rawan pada kaki ayam boleh berubah menjadi gel yang kaya dengan kolagen, asid amino dan agen yang membentuk gelatin, sekaligus bermanfaat untuk gusi.

7. Membantu Memperbaiki Sistem Imun


Ini adalah salah satu manfaat paling penting yang ditawarkan oleh sup kaki ayam. Kita sudah pun maklum dengan semua khasiat yang ada pada sup kaki ayam seperti kolagen dan sebagainya. Selain itu, sup kaki ayam juga mempunyai nutrisi lain seperti zink, magnesium, kalsium, dan fosforus yang amat diperlukan oleh badan untuk membesar dengan sihat dan mengatasi pelbagai jenis penyakit.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa menikmati sup kaki ayam dapat meningkatkan tahap sistem imun di dalam badan.

Sumber : THealth
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Tunggu apalagi, ayo kunjungi kami di updatebetting, dan daftarkan diri Anda
    deposit, mainkan dan menangkan taruhannya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "