Tahukah anda sambungan pelbagai alat elektrik pada satu soket boleh mengundang bahaya seperti terkena renjatan elektrik dan berlaku kebakaran? Jangan ambil mudah akan hal ini, takut malang tidak berbau.
Bila tidak mempunyai plug yang cukup, kita akan menggunakan soket ‘extension’ untuk memastikan semua peralatan eletrik dapat berfungsi. Menyambungkan elektrik pada satu soket banyak berlaku di bahagian dapur melibatkan peralatan seperti ketuhar, mesin pengisar, pengadun, periuk nasi ataupun pelbagai peralatan eletrik lain. Kebiasaanya, ramai antara kita yang pernah buat kan?
Perkongsian pengalaman oleh Zulaikha Ali di Page Facebook MAMA Dan Anak diharap dapat dijadikan pengajaran oleh masyarakat di luar sana supaya berhati-hati dalam menggunakan extension yang disambungkan pada soket. Mujurlah tiada apa yang berlaku, kerana dia menyedari awal bau terbakar. Semoga bermanfaat !
Lewat malam kelmarin waktu anak-anak semua dah tidur, tiba-tiba suami tanya. "Tahu tak apa hikmah dia kita pindah rumah?"
"Apa dia?" Isteri jawab dengan muka blur sebab tak expect apa-apa.
"Sebenarnya sehari dua tu abang bau hangit-hangit kat dalam rumah tu. Taktau pulak ni punca dia."
Semalam, waktu saya ke rumah lama sebab nak ambil barang (banyak lagi barang yang belum proses) sempat saya cek plug yang suami ceritakan tu. MashaAllah terkejut saya!
Kalau dibiarkan lebih lama, entah apa jadi. Silap haribulan mungkin boleh meletup atau kebakaran. Allahua'alam. Ngeri kalau difikirkan.
Extension ni kami sambung ke soket utama, silapnya yang kami tak sedar bila kami sambungkan pemanas air yang suisnya ON 24 jam ke extension.
Baru terfikir, kalau kita guna sekejap untuk cas handphone pun dah terasa panas. Tak sangka sampai boleh cair dan hangus begini.
Belum tambah lagi kat situ kami cas handphone, guna rice cooker, dan juga oven (jarang guna). Kalau dikira-kira, selama lebih 2 tahun kami disitu, lebih kurang tempoh itulah ianya sentiasa terpasang.
Kalau balik kampung dan travel jauh memang akan off kan dan cabut wayar. Tapi sejak Ramadhan lalu dah jarang travel jauh jadi kami tak perasan pun yang plug ni dah cair macam ni.
Apapun ini peringatan untuk kami. Lepas-lepasni jangan buat lagi. Malang memang tak berbau, syukurlah takde berlaku apa-apa. Semoga kita sentiasa beringat.
Saya izinkan share post ni sekiranya bermanfaat untuk peringatan bersama. Sebarkan supaya ramai yang boleh berjaga-jaga.
Siakapkeli.my
BalasPadam"Ingin Bermain Togel Online ?
Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?
Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman &
Live Casio
Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%
Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit
Untuk Info Lebih Lengkap
: KELINCI99.ORG
Di Jamin 100% Aman & Terpercaya
Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
Minimal Deposit Rp.20.000
Minimal
Withdraw Rp.50.000
Bet Invest Tidak Ada Batas Line
Minimal Bet 1.000
Tunggu Apa Lagi ? Daftar Sekarang Juga Di :
www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"