Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Abang, Kalau Nak Berdoa Apa-Apa 'Jual' Nama Mak'', Selit Nama Ibu Ayah Dalam Setiap Doa, InsyaAllah Dimakbulkan

2 Apr 2018

Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Doa dari kedua insan ayah dan ibu itulah yang akan membawa keberkatan dalam hidup.

Lantaran doa mereka yang tidak berhijab dengan Allah SWT, akan memberi kemuliaan kepada anak-anak mereka kelak. Jadi berterima kasihlah kepada ibu dan bapa kita yang tanpa jemu mendoakan kebaikan buat kita, janganlah lakukan sesuatu yang membuatkan mereka mendoakan keburukan, nescaya tidak bahagia hidup.


Perkongsian oleh Ikhfa Musa mungkin boleh dijadikan renungan buat semua insan. Doa ibu ayah sudah diketahui betapa besar kesannya, namun pernahkah anda sebagai anak ''menjual nama ibu ayah'' setiap kali berdoa?

Jangan ambil remeh, doa yang diselitkan nama ibu ayah itu akan diangkat serta merta tanpa hijab. Beruntungnya, jadi jom ubah cara kita berdoa. Moga kita semua mendapat kebahagiaan dunia akhirat berkat redha ibu dan ayah. Semoga bermanfaat.

JUAL NAMA MAK



Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil2 berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata,

"abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak"



Aku tak faham.

Mak sambung lagi..kalau abang doa nak bawak efa pergi umrah, doa macam ni. " Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah.Semoga aku dapat bawak mak sekali".

Kalau abang nak beli rumah..doa mcm ni.." Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku dtg melawat nanti dia selesa". Mak cakap insyaa Allah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap..badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat2 Nabi tanya pada dia mcm mana dia boleh dapat isteri yang cantik sgt mcm ni?.

Dia pun kata " Setiap hari aku berdoa pada Allah..Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya".

Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehla selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "