Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Doktor Kena 'Tidurkan' Dia, Kalau Sedar Dia Akan Rasa Kesakitan Yang Dasyat", Derita Anak Mangsa Minyak Panas Akibat Kecuaian Bibik

24 Mac 2018

Walaupun memasak antara perkara selalu dan biasa dilakukan oleh para ibu mahupun penjaga sehingga merasakan rutin itu sudah menjadi kepakaran harian.  Namun pun begitu, pasti akan ada suatu hari, kemalangan berlaku.  Anak melecur kena minyak panas!

Jika musibah ini terjadi, kita ibu bapa perlu bertindak pantas dengan melakukan rawatan asas segera untuk meminimumkan kecederaan mereka.  Jangan panik kerana ia hanya akan membuatkan kecederaan yang dialami jadi lebih parah.

Melalui perkongsian seorang ibu, Mashitah, berkongsi pengalaman kejadian anaknya yang menjadi mangsa minyak panas di dapur.  Mari ikuti perkongsian beliau dan semoga setiap ibu bapa dan penjaga tidak sesekali mengabaikan keselamatan anak kecil yang turut terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur.

Salam semua, nama saya Mashitah dari singapore. Saya adalah ibu kepada Aafa berumur 4 tahun. Baru kali ini saya berani nak open-up tentang bagaimana anak kesayangan saya , anak tunggal saya sorang menjadi mangsa terkena minyak panas kerana kecuaian bibik.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2015 memang tidak akan hilang dari memori saya walaupun sudah banyak kali saya dirundung depression.

June 2015 – masa tu baru 3 hari Ramadan, memang saya keletihan sangat sebab di awal ramadhan badan pun baru nak adjust dengan puasa. Kebetulan suami saya demam dan saya sangat kalut ke sana kemari untuk prepare juadah berbuka.

Saya dah pesan JANGAN BAWAK AAFA ke dapur waktu sedang memasak!!!




Saya dah pesan banyak kali, SAYA DA PESAN BANYAK KALI!! Kenapa bibik tuuuu BAWAK JUGAK!!!!! Seriously kalau ingat balik memang sakit hati sangat…..

Masa saya sibuk-sibuk hidangkan makanan dengan tiba-tiba saja bila saya toleh….

Bila saya toleh itulah pandangan paling ngeri sekali seumur hidup saya. Saya tak sanggup nak ingat balik episod tu. Bayangkan anak yang kita sayang , anak yang kita tatang , anak yang baru umur setahun menggelupur kerana minyak panas daripada kuali tertumpah di badan dia.

Kita ni terkena air panas sikit pun da sakit gila. Ini lagi minyak sis. Bukan minyak suam , bukan minyak sejuk. Tapi minyak yang tengah panas gila waktu menggoreng tu.

Ya Allah luluh betul hati saya , SAYA PANIK!!! Saya tak tau nak buat apa. Saya menjerit sekuat hatii.. saya dah tak waras waktu itu. Ya Allah saya dah hilang arah. Anak yang saya sayang...aafa mummy yang handsome , yang cerdik , yang baik tiba-tiba kulit cair macam terkena asid sebab minyak terlampau panas sampai makan kulit.




Saya menjerit macam orang gila , macam orang takde akal. Saya menangis menjerit-jerit sehingga jiran datang ketuk pintu. Saya dah tak kisah dah waktu tu orang cakap apa. Nak cakap saya gila ke saya bodoh ke. Tapi hati saya hancur tengok anak saya menggeletis macam ulat kena minyak panas.

Suami saya yang sedang demam itu terus panic dan lari dekat kitorang. Kami suami isteri jadi BLANK! Otak kosong!! Tak tahu nak buat apa. Kami capai Magic Jelly (aloe vera gel) dan terus lumur satu badan aafa. Berbotol-botol kami lumur kebetulan ada extra stock di rumah.
Baru la aafa diam sikit tapi mummy tau aafa tengah perit tanggung sakit kulit tersiat-siat daripada daging. Allahu….anak mummy kuat, mummy yang tak kuat.

Lepas dia da bertenang sikit, baru saya boleh bertenang dan call ambulance. Masa saya call tu lagi sekali saya meraung dekat paramedik tu. Nak explain macam mana pun tak tau dah.
Bila ambulance datang tu kulit aafa da mengelupas2 sampai nampak isi merah-merah. Saya ingat lagi kami berlari-lari turun tangga sambil dukung aafa yang tengah sakit masa tu merengek-rengek. Time tu Allah je yang tahu betapa hancurnya hati ibu bapa yang jaga anak dari kecik semut pun tak bagi gigit,tiba-tiba kena kemalangan yang sangat dasyat.

Masa tu tak tau nak marah siapa tapi saya ingat memang saya still tak boleh terima perbuatan bibik tu.



Bibik kenapa bibik tak dengar cakap saya? Yang rosak physical anak saya , bibik di mana sekarang? Paling teruk pun bibik balik negara bibik balik...bibik tak perlu keluar duit ratus ribu untuk rawat anak , bibik tak perlu handle aafa tetiap malam trauma nak tidur, bibik tak perlu hadap muka and mulut orang-orang jahat yang hina dan kutuk Mas dan aafa depan-depan.

Masa sampai hospital tu saya meraung lagi , doctor and nurse cepat-cepat attend AAFA and masukkan ke ICU. Hancur luluh hati saya waktu itu Allah sahaja yang tahu.

Untuk 5 hari saya bertemankan air mata dan tak jamah makanan satu apa pun. Selama 5 hari tu juga saya masih dalam keadaan SHOCK dan tak dapat menerima kenyataan. Saya langsung tak rasa lapar , haus ...sebenarnya saya TAK RASA APA LANGSUNG! KOSONG!

Otak dan hati saya waktu tu hanya nak satu je iaitu nak Aafa selamat , nak aafa kembali bermain macam anak-anak normal, nak aafa yang kulit cantik macam dulu , saya just nak aafa bangun dari koma. (Ye doctor kene KOMAkan dia sebab kalau dia dalam keadaan sedar mereka tak boleh rawat dia sebab dia akan rasa KESAKITAN YANG SANGAT DASYAT.)

Selepas kejadian itu RAMAI ORANG SALAHKAN SAYA sebab tak pandai jaga anak. Dah la anak saya DIKOMAKAN , KULIT TERSIAT ditambah lagi dengan HINAAN dan JUDGEMENTAL daripada netizen-netizan. Hati saya tiap hari menangis dan saya mengalami POST TRAUMATIC DEPRESSION.



Berkali-kali Tanya soalan sama, macam mana boleh minyak tu kena? Kenapa masuk dapur? And many more, tapi IBU MANA NAK ANAK JADI GITU? Saya kerja teruk kot, tatang anak sampai suami naik rimas! Terlalu protective but this happened.

Saya nangis tanpa henti, setiap kali masuk ICU tengok anak saya koma.. saya takut sangat dia pergi tinggalkan saya. Dia satu-satunya darah daging saya.

The incident sampai VIRAL THE WHOLE WORLD! Netizen ramai Tanya.. ada marah.. ada keji.. for a while saya depressed sangat smpi kena kaunseling.

But guess what, saat ramai salahkan saya, LEBIH RAMAI datang hulur bantuan and support! FROM ALL OVER THE WORLD! Terlalu ramai smpi datang dari Europe pun ada. Doctor pakar call nak tolong. Subhanallah! Doctor kat Korea pun suruh datang nak bantu bekas melecur yg teruk tu!

Media in Singapore truly amazing! They cover our story beautifully. Till today, masih lagi ingat and asking about how is aafa doing! THANK YOU! #powerfulofmediainmylife



Dari mereka semua lah.. saya kumpul seluruh kekuatan,tenaga.. from ICU to normal wards. MY CHILD GETS BETTER and BETTER! From Critical to Alhamdulillah.. dari dia koma, lupa semua merangkak berjalan.. sampai dah berlari. Berkat doa beribu orang.. masjid-masjid di singapura, Malaysia.. saya sangat terharu. Allah datangkan rezeqi dan kasih sayang ramai sangat 1 dunia.

Dan setelah itu, saya kumpul kekuatan untuk jadi seorang MUMMY untuk anak saya. My motherhood journey will be different and unique. DALAM OTAK SAYA, CARI DUIT! CARI DUIT! AAFA PERLU RAWATAN!

Saya nak mintak kawan-kawan semua doakan saya ye hadapi ujian ni and saya doakan supaya tiada siapa pun mengalami nasib seperti saya ameen.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "