Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Vivo Bakal Lakar Sejarah, Fon Pertama Dengan Kamera Selfie Tersembunyi

2 Mac 2018

Semenjak tahun lepas kita dapat saksikan inovasi rekaan nirbingkai atau skrin penuh semakin menjadi trend syarikat pembuat telefon pintar. Kita ambil contoh, iPhone X. Apple cuba untuk
mempamerkan rekaan skrin penuh dengan notch (lekuk) di bahagian atas untuk memberi ruang kepada kamera selfie.


Tatkala ramai pengeluar lain memperagakan rekaan skrin bertakuk pada peranti mereka, berbeza pula bagi Vivo.

Vivo, satu nama yang semakin menjadi bualan dalam arena telefon pintar. Sebelum ini mereka sudah mula menarik perhatian ramai apabila membawakan teknologi pengimbas cap jari ultrasonic di atas skrin, pertama di dunia pada peranti yang diberi nama Vivo X20 Plus UD.


Selain daripada menjadi penaja utama untuk FIFA World Cup 2018 di Russia, Vivo juga dilihat semakin serius mahu mendahului pesaing mereka dalam arena telefon pintar apabila menjadi syarikat pertama dengan teknologi yang bakal membuatkan pesaing mereka tersimpuh malu.



Vivo memperkenalkan telefon konsep APEX FullView. Sebuah telefon pintar konsep rekaan paparan skrin penuh dengan saiz bingkai pada hanya 1.88mm. Jadi persoalannya, dimanakah terletaknya kamera selfie pada peranti ini? 



Mereka menyembunyikan kamera selfie di bahagian dalam. Ianya akan terangkat atau dinaikkan apabila pengguna mengaktifkan kamera selfie. Anda boleh lihat video dibawah untuk mendapatkan gambaran sebenar. Serius gempak!



Tak cukup dengan itu, Vivo menunjukkan taring mereka dengan turut mengetengahkan satu ciri yang tersangatlah cool iaitu Screen SoundCasting Technology with APEX. Ianya merupakan satu teknologi baru, sekali lagi pertama di dunia, dimana skrinnya dapat mengeluarkan suara. Secara tidak langsung beraksi sebagai pembesar suara. Bayangkan anda menonton video dan suara keluar daripada skrin terus ke depan muka. Peh, Bravo Vivo! Ini yang kita nak.


Boleh layari laman sesawang Vivo untuk maklmat lanjut tentang inovasi baru daripada mereka.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "