Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Abang Dah Doa Untuk Ummi Dan Abi Sekali," Cuba Hafal Surah An-Naba' Walau Keadaan Makin Teruk Derita Ketumbuhan Otak

28 Mac 2018

28 Mac - Adik Syamil telah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak dan telah pun menjalani pembedahan biopsy (pembedahan ambil tisu) pada 4 januari 2018. Menurut Mohd Nazri Mansor, bapa kepada adik Syamil, keadaan anaknya itu terjejas teruk.

Setelah selesai pembedahan dan ahli keluarga dipanggil masuk untuk melihat keadaan Syamil. Ayah dan ibunya seperti mahu pitam dan tubuh mereka longlai apabila melihat keadaan Syamil lemah tak bermaya. Menurut doktor banyak komplikasi yag berlaku ketika pembedahan.

Nazri memuat naik gambar serta video terkini keadaan adik Syamil. Jom ikuti perkongsian ayahnya yang sangat menyentuh hati.

BACA: ''Doktor Suruh Bawa Anak Pulang Dan Penuhi Apa Sahaja Permintaan Hari Terakhirnya'', Luahan Bapa Anak Disahkan ''Brain Tumor''

ANAKKU BRAIN TUMOR 2
(Sambungan-Keadaan terkini anakanda syamil)

Sebagaimana anda semua saksikan dalam video yg viral sblm ni, begitulah keadaan syamil.
a) Selepas pembedahan biopsy(pembedahan ambil tisu) pada 4/1/2018, keadaan syamil terjejas teruk. Pada awalnya doktor memberitahu kami, pembedahan tersebut akan mengambil masa 2 jam jika tiada apa2 masaalah. Tetapi sebaliknya kami menunngu dia keluar dari dewan bedah setelah kira2 5 jam. Bayangkan keadaan kami ketika itu tidak berhenti2 menangis dan berfikir macam2 menunggu pembedahan selesai.

b) Akhirnya setelah dipanggil masuk melihat dia selepas pembedahan, rasa mahu ptam, badan kami longlai, kami tidak mampu menahan sebak, melihat dia terlantar tidak bermaya. Semenjak itulah Syamil tidak mampu berjalan lagi dan banyak komplikasi2 yg lainnya.

c) Antara lainnya... Syamil tidak boleh ‘membuang” secara normal. Selera makannya tinggi, tetapi ketumbuhan pada otaknya mungkin menyebabkan gangguan pada ususnya kata doktor. Jadi, setelah berlalu 5 hari tanpa membuang’ terpaksalah kami masukkan ubat melalui duburnya. Barulah dia akan rasa nak membuang tu. Tetapi ubat itu tidak boleh diberikan terlalu kerap kata doktor, kerana ia akan mengundang masaalah yang lain pula.

d) Terkini, walaupun diletakkan ubat, namun najis masih xkeluar. Jadi , saya usahakan mengorek sedikit dlm duburnya menggunakan tangan. Barulah najis akan keluar dengan sendirinya. Itupun memakan masa yg agak lama.

e) Kencing- Perasaan seorang ayah ini akan sentiasa sebak melihat saat anak mahu kencing. Setiap kali hendak kencing, pasti berlinang airmatanya menahan kesakitan. Kadang2, bilamana dia hendak kencing, kami tadahkan botol. Malangnya...hanya beberapa titis yang keluar. Sedang airmata berjurai menahan sakit.

f) Percakapan- Sudah lagi tidak jelas. Makin hari makin tidak jelas. Video syamil ucap selamat malam itu adalah percakapannya yg masih lagi boleh difahami. Video itu kira2 sebulan yg lalu. Manakala video satu lagi dirakam minggu lepas, sewaktu wartawan sinar harian datang ke rumah kami dan merakam bacaan Qurannya dari surah Annaba'. Ternyata dia masih mengingat kalam Ilahi yg dihafalnya sblm ini. Tetapi dengar bacaannya sudah tidak jelas lagi.




g) Terkini pada minggu ini kami tidak lagi mampu memahami kata2nya kecuali sedikit. Kami terpaksa meminta dia mengulanginya beberapa kali. Adakalanya, dia bersusah payah cuba beritahu kami sesuatu, tetapi kami tidak berdaya memahaminya, terlihat jelas kekecewaan di wajahnya. Menyebabkan hati ayah ini makin pedih. Kadang2 kami berpura2 faham demi menjaga hatinya.

h) Air liur di mulutnya sentiasa mengalir kerana dia tidak mampu mengawalnya lagi. Anak Matanya sudah tidak sama. Tangan serta kaki sebelah kiri gagal berfungsi, kelihatan jelas tangannya makin membengkok. Begitu juga dengan kaki. Seperti kekejangan, mungkin urat2nya makin tertarik. Lidahnya juga tertarik masuk ke dalam.

i) Selera makannya masih ada, Alhamdulillah. Tapi yang sedihnya dia tidak mampu mengunyah dengan kuat lagi. Kami terpaksa blend setiap makanannya. Satu lagi masaalah- dia kerap muntah. Mungkin disebabkan makanan yg dimakan xdapat dihadam dgn baik dan disebabkan dia tidak membuang menjadikan apa yg dimakannya terkumpul dlm perut terlalu byk. Terkadang sampai 8 kali muntah dalam sehari. Allahurabbi..

j) Kesemua ujian yg menimpa anak saya ini menyebabkan saya berasa sebak dan sayu hati mengenangkan nasibnya. Namun di dalam kepayahan seperti ini, dia masih lagi meminta untuk SOLAT. Membuatkan saya kagum dan meredakan jiwa saya yg lara. Sejuk hati ini dibuatnya...

k) Pernah sekali...sewaktu saya masih boleh memahami tuturkatanya, saya meminta dia berdoa sebelum tidur, agar Allah memberikan dia kesembuhan. Dijawabnya...
“dah... abang dah doa. Untuk abi dan ummi sekali abg doa”
“ape doa abang untuk abi dan ummi???”tanya saya.
“abang doa.... Rabighfirli...waliwalidayya... kama rabbayani..saghiroo... Ya Allah..ampunilah aku..ampunilah kedua orgtuaku...sepertimana mereka mengasihiku di waktu kecil”

Allahuakbarr... Saya tidak dapat menahan sebak, lantas airmata ini terus bercucuran laju membasahi pipi. Saya memeluknya erat..terasa kehangatan badannya, entah berapa lama lagi dapat saya memeluknya seperti ini. Ya Allah...Engkaulah pemiliknya. Terima kasih atas ujian yg Kau berikan ini. Jadikan kami dari kalangan hambaMU yg Sabar dlm menempuh ujian ini. Amiin ya Rabbal alamiin.






Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Terpaksa sy berucap dsni bahwa cita-citaku menjadi TKW sukses pulang di kampungku sudah tercapai, alhamdulillah.... awalnya aku ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa ..!!! terima kasih banyak kpd teman aku yg ada di singapura..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bsa kenal nma nya Mbah Suro Guru spiritual PESUGIHAN ANKA GHAIB TOGEL 2D sampai 6D dan PESUGIHAN DANA GHAIB. . pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jd Tkw di SINGAPURA hanya jeritan batin dan tetes air mata ini selalu menharap tp tdk ada hasil sm sekali. Mana lagi dapat majikanku galak, kejam, cerewet, salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh saja . . itu pun tdk cukup biaya anak di kampung. Tp sy beranikan diri tlpon nmr beliau untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Aku sudah bs pulang ke kmpung halaman buka usha skrg. jk tman minat ingin tlpn beliau . ini nmr nya +62 82291277145 & 082291277145 siapa tau anda bisa di bantu dan cocok sprti aku . aminn

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "