Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tempah Uber Ketika Mabuk, Rupanya Tersalah Set Balik Rumah Di Kampung Sejauh 300 Batu Dan Dicas RM6000

6 Mac 2018
2 ulasan

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati dia dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,635 (RM6,426) selepas dia tertidur dan memulakan perjalanan sejauh 300 batu di tiga negeri.

Kenny Bachman yang sedang dalam keadaan mabuk membuat tempahan uber selepas keluar berseronok bersama rakan-rakannya di sebuah kelab malam dekat Morgantown, West Virginia.

Bachman menempah uber untuk pulang ke kediaman rakannya yang terletak berhampiran kampus Universiti West Virginia yang sebenarnya tidak jauh dari kelab tersebut tetapi bagaimanapun dia tidak sedarkan diri selepas sahaja menaiki kenderaan itu.

Bagaimanapun, Bachman terjaga dari tidurnya lima jam kemudian dan mendapati kenderaan Uber yang ditempahnya itu sedang menuju ke rumahnya sendiri yang terletak di Gloucester Country, New Jersey terletak lebih dari 300 batu.

"Selepas itu, saya betul-betul tak sedar apa-apa," ujar Bachman menurut laporan yang dipetik dari NJ Advance Media.

"Bila perjalanan itu berakhir dan saya tengok jumlahnya sebanyak itu saya hanya kata 'ini gila'."

Meskipun dia mengesyaki pemandu Uber tersebut menyalahgunakan telefon bimbitnya semasa dia tidak sedarkan diri, Bachman tetap menjelaskan kadar tambang tersebut serta memberi penarafan lima bintang kepada pemandu tersebut.

Sumber- NJ Entertainment
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "