Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasangan Malaysia Panik Beg Dengan Isi Ribuan Ringgit Hilang Sekelip Mata Di Jepun

17 Mac 2018
2 ulasan

Kehilangan beg atau luggage ketika anda diluar negara pasti menjadi mimpi buruk.  Biasalah bila bercuti dengan membawa beg yang banyak, dan mempunyai fungsi penyimpanan yang berlainan.  Kadang-kadang terlepas pandang dengan salah satu beg dan tau-tau je dah takde.

Banyak kes sebegini terjadi, bila dah sampai ke sesuatu destinasi, sedang menunggu beg di lapangan terbang, tiba-tiba beg tak muncul-muncul juga, dah lah banyak barang dalam beg.  Perkongsian daripada Auzaie Mahamud ini sebagai contoh boleh dijadikan pengajaran kerana bernasib baik begnya yang berisi ribuan ringgit berjaya dijumpai.

Dalam kes ini, jika anda kehilangan bagasi berdaftar, segeralah berjumpa dengan salah seorang pegawai pelanggan dan memberikan tag bagasi yang diberi kepada anda sewaktu daftar masuk untuk mereka menjejaki bagasi melalui Sistem Penjejakan Bagasi.  Jangan panik dulu ya, bertindak dengan cepat agar beg anda berjaya dijejaki!

BEG DAN ISI BEG RIBUAN RM HILANG SEKELIP MATA DI JAPAN


Alkisah Isnin malam, (5/3/2018) 8 pm kami dah sampai Haneda Airport, Tokyo. Semua pakaian basah, sebabnya seharian hujan kat sana. Hari last pulak, so memang ramai laa redah jugak.

Dalam 8 pm macam tu, akak Abam E tukar pakaian di toilet. Yang geng-geng lain, ada yang kemas luggage, masukkan barang-barang shopping dalam luggage, check barang, termasuk Abam E. Boarding pass pukul 11pm macam tu.

Gambar Hiasan


Selesai akak Abam E setel tukar pakaian semua. Dia pun mai laa kat kitorang. Susun-susun barang. Tiba-tiba ja Akak Abam E baru perasan beg kecik yang ada hp, powerbank, duit RM & Yen, Cincin, Kad Atm tak ada. Piiiiiiiiiii dahhhh.

Akak Abam E check merata, kami pulak punggah beg, kot-kot terselit. Akak Abam E terus lari ke Toilet.

Akak Abam E patah balik. Katanya beg 'isinya' bernilai ribuan ringgit dah tak ada. Dah cari semua kawasan toilet. Fuhhhhhhh.

Kami pun cuba trace, kot-kot tercicir tempat lain ke, bas ke. Tapi memang akak Abam E kata kat toilet. Belakang pintu. Then, pegi pulak ke kaunter informasi. Maklum dan minta diorang check.

Pastu, dibantu dengan geng-geng yang lain. Check lagi kat tandas. Dan, memang tak jumpa jugak. Masa makin suntuk, sebab geng-geng lain dah naik tingkat atas, nak hantar luggage kat kaunter. Makin cuak!

Dalam hati kami semua ni yakin, akan jumpa. Sebab kita tau environment dan sikap orang Jepun. Diorang memang jujur dan tak curi. Tapi, kat airport ni macam-macam boleh jadi.

Kali ke-2 p kaunter informasi, masih tak ada berita. Geng-geng yang lain dah beredar ke tingkat 3. Hanya tinggal kami yang memang rasa dan kuat mengatakan AKAN JUMPA!

Gambar Hiasan

Kalau beg tu hilang, memang boleh fly lagi. Sebab passport, Abam E yang jaga. So, ada kat Abam E. Cuma, barang dan nilai barang kat dalam tu yang bernilai sangat-sangat.

Sedang kami persiapkan barang nak keatas, sorang staf airport panggil kami. Katanya ada jumpa barang. Tapi, belum pasti barang apa. Apa lagi, memang akak Abam E terus cepat ikut staf tu.

Diorang siasat, semak, untuk pastikan barang tu betul atau barang orang lain. Then, kena isi beberapa borang.

Alhamdulillah. Memang betul lah, rakyat Jepun (Nippong jin) jujur. Beg akak Abam E di serahkan semula. Alhamdulillah, kesemua barang ada. Lengkap!
Semua boleh senyum dah. Kalau tak, memang semua diam laa.

Maklumat yang kami dapat jugak, sekiranya barang kita diorang jumpa, maybe 30% perlu bagi kat diorang. Bagi kes akak Abam E, kami tak kena apa-apa. Syukur!

Itulah cerita detik-detik terakhir berada di sana. Tammat!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "