Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ini Kongsi Tip Tenyeh Kulit Pisang Untuk Rawatan Muka Berparut Secara Semulajadi

2 Mac 2018

Kebiasaan kita lepas makan pisang, kulitnya pasti buang begitu sahaja tanpa mengetahui kebaikan disebalik kulit itu yang mampu menjadi pengganti rawatan alternatif untuk rawatan muka.

Kulit pisang juga bukan sahaja memberi kebaikan kepada muka malah untuk kesuburan tanaman.  Ramai yang tidak mengetahui manfaat kulit pisang ini.

Terbukti sudah kehebatan kulit pisang dalam membantu mengurangkan parut secara alami.  Yakni ia akan memakan masa yang agak lama berbanding rawatan laser yang ditawarkan klinik kecantikan namun, sekurang-kurangnya, cara ini lebih selamat dan semulajadi!

Dibawah merupakan perkongsian daripada Nauf Safuan yang menggunakan kulit pisang bagi merawat parut dimuka.  Hasilnya dikatakan menakjubkan dan anda harus mencubanya!

UNTUK YANG MUKA BERPARUT ! Ini tips untuk hampa:

Petua dari aku sekolah lagi ni weh. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan. Aku amik kulit pisang ni. Aku pakai tenyeh kat muka ni.



Resultnya Rasa dia sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat. Dan mengecutkan jerawat. sebab dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahanya.



Untuk masalah kulit sensetif dan kulit berminyak juga digalakan untuk mengunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi anti oksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.

Bahan-Bahan:

Kulit pisang

Cara Pengunaan:

Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.

Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. pernah cuba masa sekolah2 dulu. masker air beras. scrub daun teh. semua yang jimat2

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "