Seorang lelaki disebuah perkampungan terpencil terletak di India Timur telah membina jalan sejauh lima batu (8km) melalui kawasan berbukit semata-mata untuk membantu anak-anaknya kesekolah setiap hari dengan jalan yang lebih baik.
Perjalanan tiga anak lelakiny untuk kesekolah setiap hari memakan masa selama 3 jam. Jalan yang dilalui mereka juga terlalu sempit dan berbatu. Justeru itu, Jalandhar Nayak, 45 tahun telah mengambil inisiatif membantu anak-anaknya dengan membina jalan baru selama dua tahun.
Selama proses dua tahun itu, Jalandhar seorang penjual sayur telah mula membina laluan lebih pendek yang menghubungkan kawasan perkampungan mereka di Gumsahi ke kawasan pekan sepanjang 8km demi memastikan anak-anaknya dapat ke sekolah dengan selamat.
"Anak-anak saya merasa sukar untuk berjalan dijalan yang sempit dan berbatu ketika pergi ke sekolah. Saya sering melihat mereka terjatuh ke atas batu dan sejak itu saya memutuskan untuk membina jalan melalui gunung supaya mereka dapat berjalan dengan lebih mudah."
"Usaha dan tekad Nayak untuk membina jalan tersebut membuatkan rasa merasa bangga," kata Pentadbir Tempatan, Brundha D, kepada pemberita.
Beliau juga berkata bahawa Nayak akan dibayar untuk masanya yang telah diluangkan selama membina jalan yang menghubungkan kampung Gumsahi dan sekolah di Phulbani, menurut Press Trust of India.
Nayak seterusnya merancang untuk bekerja selama tiga tahun lagi bagi membina baki empat batu (7km) yang diperlukan untuk menyelesaikan jalan raya tersebut; kerja yang kini telah diambil alih oleh kerajaan tempatan.
Sejak itu, berita mengenai Nayak menjadi buah mulut masyarakat tempatan sehingga ramai pihak muncul untuk membantu dan memberi penghargaan dari segi kewangan atas kecekalannya membina jalan selama dua tahun itu.
Dalam pada itu, sebelum ini terdapat seorang lelaki bernama Dasrath Manjhi yang juga melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Nayak. Dikatakan Dasrath telah menghabiskan hampir 22 tahun untuk membina jalan baru dikawasan pergunungan sekali gus mengurangkan jarak perjalanan antara dua daerah sebanyak 42km! Namun pun begitu, Dasrath telah meninggal dunia pada tahun 2007 dan membuatkannya mendapat penghormatan terakhir sehingga ke peringkat negeri.
Siakapkeli.my
Sumber: The Guardian
Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
BalasPadamDaftar disini saja Upd4te Bett1ng
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877