Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Mudah Melatah 'Viralkan' Kakitangan Unit Kecemasan Sebab Kena Tunggu Lama", Pegawai Perubatan Jelaskan Situasi Sebenar Unit Tersebut

14 Mac 2018
Gambar Hiasan

Rawatan dibahagian kecemasan dan trauma hospital kerajaan menggunakan prosedur tersendiri.  Meliputi kaunter pertama, kedua, pendaftaran hinggalah berjumpa doktor di jabatan kecemasan.  Ini kerana sistem 'traige' atau saringan digunakan dalam menilai tahap kritikal pesakit.

Pesakit kritikal akan diletakkan di zon merah, separa kritikal di zon kuning dan pesakit tidak kritakl di zon hijau.  Pesakit yang hanya mengalami luka-luka superfisial dan tidak kritikal, mereka diletakkan di zon hijau, 'Trauma Lane' – laluan khas bagi pesakit yang cedera akibat kemalangan.

Kebanyakan daripada mendengar rungutan pesakit yang terpaksa berbaris di beberapa kaunter sebelum mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan.  Ini kerana setiap pesakit harus melalui setiap zon bagi saringan lebih teliti dan rawatan ringkas akan diberikan sebelum didaftar.

Prosedur standard itu biasanya dikenakan bagi kes yang tidak kritikal, jika berhadapan dengan kes yang kritikal, pihak pengurusan akan 'bypass' kesemua langkah awal dan merawat serta merta pesakit tersebut.

Perkongsian daripada Mat Yoe melalui laman Facebook miliknya menerangkan situasi sebenar unit kecemasan dan tugas para kakitangan dan pegawai perubatan yang mengerah tenaga dan keringat untuk memastikan setiap pesakit dapat diselamatkan.  Dia juga meminta agar orang ramai akan memahami akan apa yang mereka hadapi setiap hari dan seboleh-bolehnya ingin memberikan yang terbaik kepada setiap pesakit.

Ikuti perkongsian beliau semoga sedikit sebanyak dapat membuat kita berfikir akan tanggungjawab berat yang digalas mereka ini dan memahami proses hospital yang seharusnya kita ikut.

Ini gambaran di red zone unit kecemasan hospital.




Kalau pergi kecemasan dan nak terus diberi rawatan,sila pastikan anda mengalami kecederaan parah tau.
Kalau takat muntah,luka sikit-sikit,demam,kena tunggu giliran tau.

Kes seperti dalam gambar selalunya 3-6 orang anggota terlibat.
Memang makan masa yang lama untuk stabilkan pesakit.
Sebab tu pesakit di green zone dan yellow zone terpaksa menunggu lama.

Jangan mudah melatah serta viralkan kakitangan di unit kecemasan hanya kerana anda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kerana anda sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku di dalam.
Ada orang sedang bertarung dengan maut dan ada manusia yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan orang itu.

Jangan salah gunakan unit kecemasan.sakit yang tidak serius sila pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan.



ZON MERAH

Menyediakan penilaian awal, resusitasi, penstabilan untuk peaskit yang kritikal.  Dianggotai oleh Pegawai Perubatan sebagai ketua pasukan dibantu oleh PPP dn jururawat.  Setiap kes akan dilihat serta merta oleh Pegawai Perubatan.  Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan bagi pesakit yang mengancam nyawa.  Rawatan kecemasan seperti intubasi, central venous line dan Cardiopulmonari resusitasi.

ZON KUNING

Kawasan yang menempatkan pesakit bagi kes separa kritikal.  Rawatan kepada kes-kes separa kritikal termasuklah kes-kes trauma yang mana heamodinamik adalah stabil tetapi pesakit tidak boleh berjalan.  Menyediakan perkhidmatan laluan terus tanpa perlu menunggu dan perkhidmatan rawatan kecemasan bagi penyakit akut.  Sesetengah keadaan pesakit yang semakin kritikal akan dipindahkan ke zon merah.

ZON HIJAU

Untuk pesakit luar yang stabil dan prosedur pembedahan kecil termasuk jahitan luka, pembersihan luka, suntikan, pengeluaran benda asing dan juga prosedur Plaster of Paris (POP).  Perkhidmatan rawatan kecemasan bagi penyakit yang akut.  Setiap kes yang memerlukan rujukan Pegawai Perubatan akan dirujuk mengikut keutamaan.  Ubatan juga disediakan untuk pesakit yang dibenarkan balik.  Memberi perkhidmatan rujukan kepakaran bagi kes-kes yang memerlukan rawatan susulan.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "