Terdapat beberapa jenis penderia yang terdiri daripada analog, digital, sesentuh, dan tak bersentuh. Perkongsian daripada portal Mekanikkereta ini menekankan kesan-kesan buruk ke atas enjin akibat isyarat sensor yang lemah. Ambil berat hal ini kerana tidak ramai yang tahu akan kesan sensor terhadap kereta yang berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut bagi pemanduan yang lebih baik.
Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam mengawal pergerakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.
Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-
1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin
Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,
Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya. Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.
Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.
1) Throttle Position Sensor
Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna. Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar. Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.
2) Knock sensor
Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage dari knock sensor akan memudahkan enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin mengalami letupan kecil ketika ignition awal.
Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.
3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor
Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.
4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)
Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar. Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm, enjin terasa berat, enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.
5) Camshaft Position Sensor
Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api)supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik. Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,
Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.
Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.
6) Coolant Sensor (CTS)
CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.
7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)
Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.
8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)
Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.
Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.
9) Speed Sensor
Speed sensor berada pada 2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.
10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor
IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.
Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.
Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik
Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877