Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

FIFA Cadang Terbitkan Buku Panduan Khas Buat Peminat Islam Di Kejohanan Piala Dunia Russia 2018

6 Mac 2018

6 Mac - Hari ini, genap 100 hari sebelum Kejohanan Bola Sepak terbesar dunia membuka tirainya yang seperti semua maklum Rusia bakal menjadi tuan rumah untuk edisi ke 23.

Untuk kejohanan Fifa World Cup 2018 ini, ada beberapa negara Islam yang telah melayakkan diri ke pusingan akhir seperti, Mesir, Arab Saudi dan juga Iran.


Memandangkan perlawanan pertama kejohanan kali ini jatuh pada Hari Raya Aidilfitri pertama, ini tidak menghalang kemeriahan itu terus dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat termasuk penganut agama Islam.

Justeru itu, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) kini sedang mempertimbangkan untuk menerbitkan buku panduan khas untuk peminat beragama Islam yang berada di Rusia, lapor Arab News

Antara maklumat penting yang akan diselitkan di dalam buku tersebut ialah, butiran mengenai lokasi masjid di Rusia, restoran halal serta waktu solat di Rusia.

Menurut Setiasusaha Agung FIFA, Cik Fatma Samoura, badan induk bola sepak itu serius untuk memastikan bahawa orang Islam yang mengikuti pesta paling berprestij empat tahun sekali itu boleh bersama meraih kemeriahan tanpa perlu melupakan amalan agama masing-masing.

Mohamed Salah Dan Penyokong Mesir 
"Kami di FIFA mahu memastikan semua orang Islam - sama ada pemain, kakitangan atau penyokong pasukan - mendapat semua maklumat yang diperlukan.

"Misalnya di mana makanan halal boleh dibeli atau waktu sembahyang serta masjid yang paling dekat"
katanya.

"Saya memberi jaminan tiada diskriminasi atau apa saja terhadap Muslim di Rusia sempena Piala Dunia ini.

"Bantuan yang diberikan seperti mereka berada di negara sendiri kerana FIFA mahu semua orang dapat menikmati Piala Dunia dengan sepenuhnya,"
 kata Cik Fatma. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "