Penyanyi terkenal dengan suara merdu bak buluh perindu, sehingga pernah berjaya memasuki Billboard Hot 100 di pasaran antarabangasa, Wan Aishah Wan Ariffin, 53 tahun baru-baru ini telah menjalani pembedahan pintasan usus, Bariatrik Surgery serta berjaya susut sebanyak 7.7 kg dalam masa 15 hari.
Perubahan fizikal Aishah yang begitu ketara telah mendapat perhatian peminatnya dan dihujani pertanyaan bagaimana beliau boleh berjaya menguruskan berat badan sebegitu banyak dalam masa yang singkat?
Aishah akhirnya berkongsi detik pembedahan yang dilalui dan 10 panduan selepas menjalani prosedur berkenaan.
1. Kita kena jelas mengapa kita buat keputusan untuk pembedahan ini. Kalau sudah nama pembedahan, potong sana sini, mestilah ada tahap sakit yang mesti dilalui. Kita kena realistik dalam hal itu. Ubat-ubatan moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.
2. Bila dah nekad nak buat, buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan kumpulan sokongan yang boleh membantu.
3. Jangan malas! Sehari selepas pembedahan saya dayakan bangun dan berjalan. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dapat capai niat kita.
4. Senyum selalu! Perjalanan seterusnya ialah peperangan antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita.
Perjalanan ini memang 'tricky' kerana selama ini kita keliru di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yang kata 'dah kenyang'.
5. Sekarang perut yang dulu boleh terima tiga pinggan nasi sekarang boleh masuk 30ml-50ml saja.
Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang badan kita perlu setakat ini saja. Kita kena perlahan-lahan mencuba makan apa yang perut kita boleh terima.
6. Pembedahan ini bukan 'shortcut' untuk turunkan berat badan, selebihnya kita kena usaha sendiri.
Calon-calon pembedahan ini termasuk dalam kategori 'morbid obesity' dan pelbagai penyakit. This is about getting back the quality of life you deserve.
7. Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita.
8. Dengar nasihat doktor dan jangan memandai-mandai.
9. Carilah sebanyak boleh info mengenai pembedahan ini dan fahami.
10. Saya bukan pakar, saya sekadar berkongsi pengalaman. Hari ke-15 dan saya sudah hilang 7.7 kilogram.
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877