Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bila Aleppo Kena Serang Ramai Sibuk #SaveAleppo, Tapi Bila Afrin Diserang?" Lelaki Ini Pertikai, Netizen Tutup Mata Serangan Tentera Turki Di Syria

21 Mac 2018

21 Mac - Seperti semua maklum, Syria ketika ini sedang mengalami serangan bertalu-talu dari tentera rejim Bashar di Timur Ghouta dan serangan ini mendapat perhatian seluruh media global sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan genjatan senjata di Timur Ghouta.

Namun, tahukan anda ada sebuah lagi wilayah di utara Syria sedang diserang oleh tentera Turki. Mungkin sukar untuk anda percaya kerana Turki sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan yang digelar 'Singa Islam'.

Perkara ini dijelaskan seorang pengguna Facebook, Ayman Rasydan Wong di dalam entri terbarunya. Menurut Ayman, tentera Turki telah menyerang wilayah bergolak Afrin di bawah kod 'Operation Olive Branch' yang dilancarkan oleh Erdogan pada 20 Januari 2018 yang lepas.

Ayman juga mempersoalkan, menagapa tidak trending #SaveAfrin seperti trendingnya #SaveAleppo ketika Turki diserang pengganas satu ketika dahulu.

Jom ikuti perkongsian penuh dari Ayman tentang wilayah Afrin yang diserang tentera Turki. Semoga bermanfaat.


Sekarang tengah trending pasal "Afrin". Kalau korang nak tahu betapa rumitnya geopolitik, cuba korang buat sedikit analisis tentang Afrin.

Apa yang berlaku ialah Afrin, sebuah wilayah di utara Syria telah jatuh ke tangan tentera Turki, setelah 58 hari serangan Turki di bawah kod "Operation Olive Branch" yang dilancarkan oleh Erdogan pada 20 Januari 2018 yang lepas.

Akibat daripada itu, puluhan ribuan penduduk Afrin terutamanya etnik Kurdi melarikan diri daripada pembantaian oleh tentera Turki.

Tak ada pula orang kita nak #SaveAfrin macam #SaveAleppo dulu. Ye lah, yang jahat mesti Assad. Erdogan, "singa Islam" mana mungkin membunuh orang. Tak mungkin. Tak mungkin.

Tindakan Turki ialah rentetan daripada perjuangan kemerdekaan orang Kurdi sejak 1980-an dan Perang Syria sejak tahun 2011. Seperti saya pernah cerita dahulu, orang Kurdi ialah bangsa yang bertebaran di Turki, Syria dan Iraq. Cita-cita mereka adalah untuk menubuhkan sebuah negara Kurdistan yang merdeka.

Cita-cita sebegini pasti akan menggugat keutuhan wilayah Turki, kerana bahagian Timur Turki merupakan kawasan majoriti Kurdi. Maka sejak 1980-an lagi kerajaan Turki telah mengisytiharkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), gerakan pejuang kemerdekaan Kurdi sebagai kumpulan teroris dan memeranginya.

"Musuh kepada musuh saya ialah kawan saya". Akibat daripada pertelingkahan berkenaan sempadan dengan Turki, Presiden Syria ketika itu, Hafez Assad telah memberi bantuan dan sokongan kepada cawangan PKK yang beroperasi di utara Syria. Isu ini hampir mencetuskan perang antara Syria dan Turki pada tahun 1998. Namun kedua-dua negara berdamai dengan syarat Syria mengharamkan parti Kurdi.

Keadaan huru-hara ketika Perang Syria membawa kepada kemunculan ISIS. Orang-orang Kurdi di utara Syria pun mengangkat senjata untuk melawan ISIS, dan mereka mendapat bekalan senjata daripada US. Kurdi bertambah kuat.

Selepas ISIS dijatuhkan, militia Kurdi seperti YPG dan SDF berjaya mengawal kawasan utara Syria (Rojava) yang bersempadanan dengan Turki. Dan perkembangan sebegini pasti membuat Erdogan makan tak kenyang, tidur tak lena.




Kalau ikutkan hati, nak saja Erdogan menyerang geng Kurdi ini terus. Tapi masalahnya mereka disokong US. Kawasan Rojava, termasuk Afrin merupakan wilayah Syria, sekutu Rusia. Erdogan cari nahas kalau menyerang Kurdi tanpa ada "green light" daripada kedua-dua kuasa besar ini.

Walaupun di luar Erdogan nampak seperti singa, di dalam beliau ialah seekor musang. Maka dengan liciknya Erdogan memanipulasi kepentingan Turki sebagai rakan US dan Rusia. Walaupun Assad tu BFF Putin, tapi dalam keadaan ini Putin pun suruh Assad sabar sikit. Dan Trump pun pejam sebelah mata malah menafikan hubungan antara Kurdi dan US. Realpolitik.

Maka Erdogan pun mendapat "free hand" untuk mencantas Kurdi di Afrin. Yang merisaukan, Erdogan bekerjasama dengan "jihadis" anti-Assad seperti Faylaq al-Sham dan Jabhat al-Shamiyah untuk menawan Afrin. Kerana kedudukan mereka boleh "encircle" Afrin dari timur dan barat. Walaupun mereka ni perangai ganas silap hari bulan boleh mengkafirkan Erdogan.

Tindakan Erdogan akan memperkuatkan kumpulan pemberontak anti-Assad. Maka Assad pun menghantar bantuan kepada YPG untuk melawan Turki, tapi apakah daya terlalu sedikit berbanding kekuatan Turki.

Jadi di sini boleh nampak bagaimana kepentingan geopolitik mengatasi faktor ideologi. Sunni (Erdogan) bekerjasama dengan Takfiri untuk membantai Sunni (Kurdi). Pro-Zionis (US) dan Anti-Zionis (Rusia) memberi restu kepada tindakan Islamis (Erdogan), dan Syiah (Assad) boleh pula sokong Sunni (Kurdi) untuk melawan Sunni (Erdogan). Kalau kita hanya menilai keadaan berdasarkan logik sektarian/ideologi, kita akan menjadi keliru.

Bukan nak kata Erdogan jahat. Cuma tindakan beliau tidak jauh berbeza dengan Assad iaitu untuk mempertahankan kepentingan negara. Jadi kita tak boleh beremosi dalam mencakna isu politik antarabangsa.

BACA: Turki Henti Serta-Merta Visa Untuk Warganegara Amerika Syarikat
BACA: Tidak Akan Ada Pokok Yang Boleh Yahudi Bersembunyi Di Jerusalem - Erdogon

*Tulisan adalah pendapat peribadi daripada Saudara Ayman, tidak menggambarkan pendapat kami
Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, 4gen Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "