Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Awak Tengoklah Lah Isteri awak Nie, Nak Juga Bersanding Sorang-Sorang,'' Isteri Tabah Suami Tak Dapat Pelepasan Cuti Pada Hari Perkahwinan

20 Mac 2018
3 ulasan


Bergelar ''raja sehari'' antara hari yang paling membahagiakan untuk setiap pasangan. Memakai busana kahwin yang cantik, dilayan bak raja dan puteri, tipulah kalau sesiapa pun tak rasa teruja menanti hari bersejarah ini.

Persiapan semua sudah dibuat. Namun, apabila hari yang ditunggu-tunggu tiba, boleh bayangkan tak kalau anda terpaksa bersanding seorang diri tanpa kehadiran pengantin lelaki? Fuhh, mesti rasa sedih kan.

Seperti kisah pengantin baru ini yang terpaksa bersanding dengan diri sendiri. Aduhai sedihnya, kerana suami tidak mendapat pengecualian daripada latihan bomba. Dapat pula tahu minit terakhir ! Tetap semangat wanita ini. Walaubagaimanapun majlis tetap berjalan lancar dan meriah dengan sokongan keluarga yang lain.


Tweet yang tular ini dikongsi oleh shafinasofians. Mendapat lebih 5k retweet dan 2.4k suka, rata-rata netizen turut bersedih melihat wanita itu tetap tabah melayani tamu dan saudara mara. Majlis bertandang tetap berjalan lancar dan meriah, walaupun tanpa kehadiran si suami.

Apapun, kami ucapkan selamat pengantin baru kepada badriyahamir dan pasangan. Moga terus tabah melayani bahtera rumah tangga !


Masa ceq masuk jaa balai, masa ni semua tamu pandang ceq yunk .. semua tertanya-tanya kenapa ceq seorang? mana ang pi ?!

Sampai laa pengacara tu habaq, ang Sedang Berkhidmat UNTUK NEGARA .. sebagai anggota bomba, di #akademibombawakaftapai terengganu .. kerana pelepasan ang dibekukan pada minit terakhir .. ceq pun tatau dah Apakah yang ceq masa rasa tu ..

Lepas tu ceq tengok muka abah dan ummi, DEPA senyum kat ceq .. ceq kuatkan semangat tuk berjalan kat depan Orang Ramai sampai laa Ke Meja beradap ..

Percayalaa yunk, ceq terasa ang ada bersama disisi. terima kasih kerana semua ni kita sama-sama belajar untuk cekalkan hati masing-masing!





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "