Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Juruterbang Didakwa Tembak Jatuh MH17 Bunuh Diri Di Rumah

20 Mac 2018

Juruterbang tentera Ukraine, Kapten Vladyslav Voloshyn yang didakwa Russia menembak jatuh pesawat Malaysia MH17 pada 2014, dilaporkan membunuh diri.

Menurut sumber, Voloshyn menembak diri di rumahnya di Mykolaiv, berhampiran Laut Hitam. Dia yang dianggap wira di Ukraine dilapor menyertai 33 misi ketenteraan menentang pemberontak di Timur Ukraine, selain turut menerima anugerah atas keberaniannya.

Baru-baru ini, juruterbang berusia 29 tahun itu meletak jawatan daripada tentera udara, ketika bertugas di lapangan terbang Mykolaiv.

Voloshyn sebelum ini menolak dakwaan Russia itu dan menuduh ia sebagai satu penipuan.

Penyiasat Belanda mendedahkan bahawa peluru berpandu BUK buatan Russia digunakan untuk menembak jatuh pesawat Boeing 777, sekali gus mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Sementara itu, polis Mykolaiv dalam satu kenyataan di Facebook, menyifatkan insiden itu sebagai kes bunuh diri tetapi menyiasat kemungkinan ia satu “pembunuhan dirancang”.

Sepucuk pistol milik tentera yang ditemui di lokasi kejadian turut disiasat pakar terbabit.

Mengimbas kembali kejadian pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 ditembak di ruang udara Timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Siakapkeli.my

Sumber: BBC News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "