Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Unlock Je Handphone, Keluar Satu Ayat Al Quran Untuk Dibaca, Aplikasi Pintar Yang Bawa Manfaat Untuk Semua

22 Feb 2018
No Comment

Majoriti daripada kita boleh dikatakan hampir kesemuanya menggunakan smart phone. Pelbagai aplikasi yang direka dalam android mahupun ios untuk memenuhi kehendak pasaran pengguna smart phone sekarang.

Tetapi masih ramai yang tidak menyedari terdapat aplikasi pintar yang boleh memberi manfaat kepada kita. Sebelum itu, berapa kalikah anda melihat smart phone setiap hari? Pasti tak terkira, dan setiap kali itulah juga anda harus unlock phone sebelum menggunakannnya bukan?

Aplikasi yang direka ini akan memastikan setiap kali anda unlock smart phone akan tertera ayat Al Quran untuk dibaca. Bayangkan kalau 20 kali anda unlock phone setiap hari, berapa ayat Al-Quran yang akan tertera? Alang-alang, boleh dibaca. Silap-silap dapat khatam satu Al Quran. Bagus bukan, secara tak langsung membaca Al-Quran boleh menjadi satu tabiat yang membawa jaminan pahala kepada kita berbanding melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Untuk penerangan yang lebih jelas, baca apa yang dikongsikan oleh Aldzham Kamil melalui laman facebook seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

SETIAP KALI UNLOCK KENA HADAP SATU AYAT AL QURAN

Bagus aplikasi nakhtim ni. Baru je saya download. Setiap kali unlock hp akan keluar satu ayat. Dah alang-alang keluar tu boleh la baca sekurang-kurangnya satu ayat. Lepas tu bila kita unlock lagi dia akan keluar ayat seterusnya.


Bayangkan kalau kita unlock hp sekurang-kurangnya 20 kali sehari. Keseluruhan ayat Al Quran ada 6,236 ayat. Tak sampai 11 bulan dah boleh khatam satu Al Quran.


Seronok dapat jadikan Al Quran sebagai satu tabiat macam mana kita selalu unlock hp. Lebih baik daripada kita asyik tengok newsfeed pasal cendol dsb.

Sekurang-kurangnya Al Quran boleh jadi peneman kita kat akhirat nanti. Jadi syafaat kita. Biar baca Al Quran lebih viral daripada masalah cendol.

Boleh download apps ni pada link di bawah:

https://play.google.com/store/apps/details…

Setakat ni baru jumpa untuk android. Belum ada untuk ios. Sekiranya ada minta kongsikan dengan kami.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "