Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tak Lama Lagi Kita Nak Pergi Dah", Sebelum Ajal Menjemput, Inilah 14 Permintaan Terakhir Orang Tua Buat Anak-Anaknya

14 Feb 2018
Gambar Hiasan

Orang tua kita selalu berharap agar segala nasihat yang diberikan kepada anak-anak mereka, dapat memberikan impak yang baik terhadap kehidupan anak itu kelak.  Setiap daripada mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

Mungkin ada diantara kita yang masih ego, menentang nasihat yang diberikan sekeras-kerasnya.  Tapi jika diingatkan balik, betapa pentingnya nasihat orang itu kerana itulah bukti cinta dan sayangnya yang tulus kepada kita.

Hakikatnya mereka tidak ingin kita merasakan sedikit pun pahitnya hidup sama seperti apa yang mereka telah lalui sebelum itu.  Mereka mahu lihat kita bahagia, berjaya, pandai dan menjadi anak yang berbakti kepada mereka dan menjadi teladan kepada generasi lain.



Dibawah ini merupakan beberapa pesanan terakhir orang tua kepada anaknya melalui perkongsian Noriyah Cheklah yang sangat menyentuh hati.  Sebagaimana mereka inginkan kejayaan anak-anak mereka didunia dan diakhirat, begitu jugalah harapan mereka terhadap anak-anak sepermegian mereka suatu hari nanti.  Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Tidak lama lagi kita nk pergi dah

Pesan pada anak-anak kita:


1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; seelok2nya kain selimut/cadar putih. blh beli d kedai uniform sekolah

2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering



4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah

5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat

6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir

7. Tutup rambut dengan selendang

8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat

9. Letakkn pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit

10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah

11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital

12. Dimandikan

Gambar Hiasan


13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 org jemaah org alim

14. Kebumikan jenazah

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka..

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

Sharing is caring

Pesan pd anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai 2..agar anak2 tahu fardhu kifayah.
Sama2 ingat mengingati

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "