Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Siapa Tahu Bulan Mac Cuti Berapa Haribulan?", Guru Ini Mengeluh Group Whatsapp Ibu Bapa Jadi Kaunter Pertanyaan Tidak Kira Waktu

12 Feb 2018
2 ulasan

Whatsapp adalah salah satu medium komunikasi terbaik bagi guru dan ibu bapa untuk memaklumkan maklumat berkaitan pendidikan anak-anak dan pelajar dengan mudah.  Namun, platform Whatsapp ini telah disalah gunakan sebagai tempat meluahkan perasaan sesama sendiri.

Yakni, guru juga seperti orang lain yang mempunyai tanggungjawab mereka terhadap keluarga atau karier.  Ibu bapa seharusnya faham tugas guru yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak sebagai pemimpin harapan bangsa disekolah.

Ada guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga masih mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya hanya kerana satu misi.  Melihat anak-anak muridnya berjaya.

Gambar Hiasan


Hargai masa guru dan usaha mereka.  Guru zaman sekarang takutkan ibu bapa, malah anak didik mereka sendiri.  Takut disaman, takut naik mahkamah dan menjadi perhatian negara.  Kuasa veto guru zaman dahulu beralih tangan.  Kejayaan anak murid bukan lagi menjadi prioriti tapi mengambil hati terpaksa didahului.

Cerita yang dikongsi seorang guru mengenai group Whatsapp yang ditubuhkan sebagai medium ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak mereka telah disalah gunakan tanpa mempedulikan masa dan perasaan guru tersebut.  Mungkin inilah cabaran terbesar guru di zaman milinial selain cabaran disekolah menghadapi anak-anak didik mereka.

Mari baca perkongsiannya dan dijadikan sebagai alat ukur, apakah tugas guru itu tidak hanya terhenti disekolah?

Ini snippet dari WhatsApp group kelas Darjah 1.

Mintak maaf lah kalau dalam ni ada parents yang bangsa gini.

Tapi ni Kak Nam nak ajar kau sesuatu pasal courtesy.


Pertama sekali guys - ini hari SABTU.
Hari Sabtu cikgu cikgu pun nak berehat daripada sesak kepala mengajar anak anak kau sepanjang 5 hari seminggu. 5 hari melayan anak. 7 hari melayan mak bapak. Cikgu boleh mati tau tak.

No 2 - group whatsapp yang dibuat oleh cikgu cikgu ni - purpose dia adalah untuk kau inform benda benda emergency kat cikgu. Macam anak kau tak dapat datang kenapa ke apa ke.

Dan BUKAN untuk kau tanya semua kerja sekolah yang cikgu dah bagi kat sekolah. Kalau semua kau nak tanya balik - baik cikgu tak payah bagi arahan kat anak kau. Baik cikgu whatsapp awal awal dalam group je senang.

Ajar lah anak anak dengar arahan - cuba ikut arahan. Biarkan anak anak make mistakes so they learn.

Jangan sikit sikit buku ni apa buku tu apa. Kerja sekolah mana nak buat. Sorry cikgu anak saya tak sempat siap kerja sekolah sebab tertidur dia penat pergi sekolah Agama.

For goodness sake - ajar anak take responsibilities atas perbuatan sendiri. Kau sebagai ibu bapa bagus memahami anak. Tapi bukan sikit sikit be apologetic on behalf of your kids.

Kau tau anak anak penat itu fine. Tapi kalau dia tak siap kerja sekolah dan kena marah dengan cikgu you should let that just be. Kau just bagi sokongan moral yang betul kat anak anak kat rumah. Tak payah reasoning dengan cikgu. Cikgu tau tu semua. Dorang pun ada anak and dorang pun tau semua pupils undergo the same thing. So tak payah explain beriya.



Lepas tu -

"Eheh sorry mintak maaf semua. Anak baru Darjah 1 tak ada experience.."


Stop this nonsense lah.

That's the thing. Experience kau kena kutip dan belajar. Sebab tu nama dia experience. Kalau semua nak kena suap tang mana yang kau nak experience sangat tu.

No 3 - Kau tak reti tengok jam ke apa? Maghrib pun kau bertanya kat dalam whatsapp group. Kau bersembang pulak sesama mak bapak tanya pasal kerja sekolah anak.

Sikit pun kau tak respect cikgu kelas dalam tu.

Kalau nak bermesra acah acah parents yang baik antara satu sama lain - buat lah whatsapp group asing. Buat khas untuk kau dan mak bapak jenis kau untuk bersembang.

Leave the class teacher alone.

No 4 - Kau baca tak dia tanya apa kat atas tu?

"Siapa tau bulan Mac cuti berapa hb?.."

Mengucap panjang Kak Nam baca.

Whatsapp group ada maksudnya android kau ada.



Kalau kau malas nak dload apps calendar - gugel pun kau tak reti ke macam manaaaaa.

Subhanallah lahhhh mak bapak.

No 5 - Kak Nam tak snapshot soalan one parent atas lagi.

Kau tau dia cakap apa?

"Cikgu, anak saya tak sempat siapkan homework Maths. Boleh tak cikgu tolong tanyakan dekat cikgu Maths kerja apa dia bagi, kalau boleh tolong snap lepas tu pm pada sy ye. Tq.."

Ya Tuhan.

Kau ingat tu semua jobscope cikgu ke nak melayannnnkannnn kauuuu je.

Kak Nam sumpah tak tau nak cakap apa tengok parents macam ni.

Serious.

Tu kalau kata anak terbawak balik buku kawan - pm la mak pak budak tu. Kalau tak tau nama - pesan je kat anak pulangkan balik buku. Ituuuu punnn nak kena ajar ke?
Tu belum lagi yang buat pengumuman -

"Ada sesiapa yang terambil botol air / buku / pensel anak sy tak?.."

Hebohnyaaaaaaaaaaa.



Dulu parents Kak Nam simple je.

Aku dah belikan. Kau hilang kan. Pandai pandai lah kau nak hidup. Mak bapak kau bukan cop duit.

Baru lah anak anak belajar. Baru dia tau nak jaga harta benda.

Tak pulak mak ngan ayah Kak Nam pergi sekolah lalu bertanya dekat kelas - jauh sekali nak pergi tanya kat ibu bapa kawan kawan Kak Nam.

Parah nau jadi parents nya pun.

Lepas tu dia buat pulak group bersembang nak jadi suri rumah lah bagai.

Parents lain pulak sambut hahahaha.

Cikgu tak reply apa pun.

Cuti pun kau nak tanya cikgu punya pemalas nak check.

Lepas tu kau ajak bergelak ketawa.

1 - Tak kelakar langsung.

2 - Nak bersembang pergi kedai kopi la woi.

Belum lagi yang jenis check cikgu dah read ke tak. Bila found out cikgu dah baca tapi tak reply lepas tu tanya

Ganbar Hiasan


"Cikgu, dah baca tu mintak tolong reply ya. Kesian anak saya nanti.."

Gila.

Gigihhhhh.

Go eat and die lah.

Ingat gomen bayau ke elaun telepon ke cikgu cikgu ni.

Nak balas semua msg kau - bayau laaaaa weiii.

Kak Nam faham kau ni semua competitive.

Kak Nam faham kau semua nak anak anak kau pandai.

Takut nau anak kau kena marah dengan cikgu.

Tapi berpada pada lah.

Dulu parents Kak Nam tak pernah lah pergi jumpa ke telefon cikgu ke nak tanya kerja sekolah.

Jadi je Kak Nam ni manusia ha. Elok je.

You people should stop spoon-feeding your children.



Ajar anak anak untuk berani terima akibat daripada perbuatan masing masing.

Kak Nam tak cakap Kak Nam bagus didik anak.

Tapi to the least I can tell you - Kak Nam tak pernah tak nak dan insyaAllah tak kan menyusahkan cikgu cikgu anak anak Kak Nam kalau benda tu kecik.

Kak Nam selalu pesan kat anak anak Kak nam -

"Mama faham awak penat. Kalau awak tak siapkan kerja sekolah awak sebab awak penat, pun Mama tak salahkan awak. Tapi kalau cikgu awak marah sebab awak tak siapkan kerja sekolah, awak kena tanggung akibat dia. Tu je.."

Kak Nam understand it is hard to see the kids penat then kena buat kerja sekolah sampai lewat malam terlentok lentok.

Tapi thats how life is.

Kita dulu pun macam tu.

To tell you the truth - kalau ikut kesian - mungkin tak pergi sekolah dah anak anak Kak Nam tu ha.



Tapi kau nak dia jadi apa tak pergi sekolah.

Sekolah tempat belajar. So biarkanlah anak anak belajar.

Sebagai parents - you give your support, you give your love.

Do it the right way.

Sayang anak biar berpada.

Tolong jangan jadi parents batak.

Cikgu benci tau tak.

Manalah cikgu tak hilang sabar.

Kak Nam yang bukan cikgu pun berangin baca.

Maka buat kau yang bakal jadi parents kepada anak anak Darjah 1 - or yang sedang mengandung lalu bakal jadi parents - tolong tanamkan dalam hati azam untuk jadi parents yang tak batak ok.

Baru satu kelas tu.

Bayangkan cikgu nak melayankan berapa banyak kelas lain dengan 40 pasang parents yang bermacam peel setiap kelas.
Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "