Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sempat Hantar Pesanan Sweet Kepada Isteri Ketika Acarakan AJL, Sikap Romantik Alif Satar Ini Dapat Pujian Netizen

12 Feb 2018
3 ulasan
Setiap pasangan suami dan isteri seharusnya saling menyemai cinta walaupun telah dekad bersama.  Ianya adalah penyubur kasih sayang antara satu sama lain dan merupakah salah satu manifestasi akhlak mulia yang terluah daripada percakapan serta perbuatan.

Sikap ini perlu sentiasa dipupuk, bukan sahaja dibilik tidur malah dimana-mana sahaja selagi berada dalam batas dan kesopanan adab Islam.  Melalui kajian juga terbukti, lelaki romantik ini lebih membahagiakan.

Siapa yang tak mendambakan suami yang romantik?  Pandai mengambil hati dan sentiasa membuatkan hati ini berbunga-bunga walaupun bertahun bersama masih tidak jemu.

Seperti apa yang dilakukan oleh Alif Satar, penyanyi, pengacara dan pelakon yang bukan sahaja  memukau hati wanita-wanita Malaysia didalam aksi lakonannya malah, Alif dilihat merupakan seorang suami yang sentiasa mencairkan hati isterinya, Shadila.


Malam tadi, Alif tidak terlepas daripada menjadi salah satu topik bualan malam Anugerah Juara Lagu 32 apabila Shadila memuat naik mesej yang dihantar oleh Alif melalui instastory miliknya sebelum Alif keudara secara langsung.

Apa yang menarik tentang mesej itu adalah isi kandungannya.  Terserlah sikap Alif sebagai seorang suami yang terlalu menghargai sokongan isterinya.  Walaupun nampak kecil, hanya dengan satu mesej? Namun bagi seorang isteri, tidak perlu ribuan ringgit untuk menjadi romantik, cukup dengan keikhlasan.

Sikap yang ditunjukkan oleh Alif ini wajar dijadikan contoh untuk para suami diluar sana supaya sentiasa menyokong antara satu sama lain selain mengharungi susah dan senang bersama-sama.  Bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk kerana Rasullulah saw juga merupakan suri tauladan terbaik sebagai seorang suami yang romantik.  Di medan jihad, Beliau adalah panglima perang pemberani, sementara di rumah beliau adalah sosok yang romantis dan lembut terhadap isterinya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "