Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Pesawat Paling Ngeri Pernah Saya Naik Dalam Hidup," Penumpang Kongsi Detik Cemas Enjin Pesawat Meletup Di Udara

15 Feb 2018

15 Feb - Sebuah pesawat United Airlines yang membuat penerbangan dari San Francisco ke Hawaii terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sebahagian enjin pesawat bertaburan di udara.

Pesawat yang membawa 373 penumpang dan anak kapal itu mula cemas apabila pesawat Boeing 777-222 berkenaan bersedia untuk mendarat dalam tempoh 35 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu.

Dalam keadaan yang panik, beberapa penumpang sempat merakamkan saat bahagian luar enjin tersebut bertaburan di udara.

Seorang jurutera Google yang juga penumpang pesawat itu, Erik Hadad sempat berkongsi detik cemas berkenaan di akaun Twitter miliknya.
Haddad memuat naik  gambar dan video yang menunjukkan bahagian enjin pesawat itu berkecai. Selain Haddad, seorang lagi penumpang pesawat, Maria Falaschi turut memuat naik insiden berkenaan di laman Twitternya beserta kapsyen “scariest flight of my life.”
Namun sejurus selepas itu Falaschi menambah dalam muat naik seterusnya di Twitternya, “the pilots did a great job, so did the crew.”

Ini kerana, menurutnya, sewaktu kejadian para penumpang diminta mengikut prosedur pendaratan cemas dan anak kapal berjaya menjalankan tugas mereka dengan tenang.

Pesawat dengan nombor siri UA1175 itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat di Honolulu tepat jam 12.38 tengah hari waktu tempatan. Kesemua 373 penumpang dan anak kapal selamat.






Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, live casino, ibcbet, s4bung 4yam, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "