Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Orang Edit Guna Photoshop, Kau B*doh Ke Apa Guna Powerpoint", Walau Dikecam, Nekad Ajar Teknik Cara Edit Gambar Guna Powerpoint

14 Feb 2018
Microsoft Powerpoint adalah salah satu aplikasi office Microsoft yang digunakan khas untuk membuat slide pembentangan.

Justeru, Ramai juga diantara kita mungkin lebih biasa menggunakan foto editor seperti Adobe Photoshop atau aplikasi mobil untuk 'mengedit' gambar.

Namun, tahukan anda bahawa Powerpoint juga boleh berfungsi sebagai 'editing tool' dan memberi 'effect' yang sama seperti editor yang lain.

Kepada anda yang ingin mempelajari hasilkan gambar dan visual yang cantik dan menarik menggunakan perisian Powerpoint, boleh ikut langkah-langkah dibawah oleh Ahmad Syamim Abdul Halim menerusi Facebook miliknya.

Beliau merupakan usahawan online yang berjaya menggunakan perisian ini sebagai modal meniaga walaupun menerima kecaman daripada segelintir pihak yang tidak mempercayai kebolehannya.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.



ORANG EDIT GUNA PHOTOSHOP, KAU BODOH KE APA GUNA POWERPOINT.

Ada lah segelintir yang kutuk saya sebab guna powerpoint. Ada yang share post saya pasal “edit gambar dengan powerpoint”, dan cakap yang “kita semua sepatutnya belajar guna photoshop, berhenti lah ikut method brader ni”. Lebih kurang macam tu lah. Pertama sekali, saya minta maaf lah kalau ada yang marah atau tak suka bila saya share cara edit gambar dengan powerpoint.

Tapi apa yang saya nampak sekarang ni, sama macam situasi pemandu teksi marah pemandu Uber & GrabCar. Tak tau lah kalau saya salah. Tapi bukan semua orang yang kecam saya, ada segelintir sahaja. Ada jugak designer yang impress dengan kerja saya ni, tanpa ada rasa apa-apa pun. Memang sepatutnya tak perlu rasa apa-apa, sebab powerpoint ada function yang sangat-sangat sedikit dibandingkan dengan photoshop, dan illustrator.

Saya ada business saya sendiri, dan saya ada masalah untuk dapatkan kualiti editing gambar yang baik. Nak mengharap kat kawan-kawan, saya paham diorang ni busy dan ada urusan masing-masing. Saya tak boleh depends on orang lain selama-lamanya walaupun dia tu adik-beradik sendiri. Saya paham tu. Jadi saya tak mintak dan tak harapkan bantuan mereka. Saya cari jalan sendiri.



Sebelum ni saya pernah share cara-cara nak edit gambar. 3 kali saya post. Alhamdulillah, dalam pada beberapa orang yang tak suka dengan hasil kerja saya, ramai jugak yang support. Alhamdulillah kalau campur tiga-tiga posting tu, ada lebih kurang 60,000 kali share di facebook. Ada jugak beberapa blog yang share method editing dengan powerpoint ni. Saya teruja tengok. Terima kasih kepada yang menyokong !

Alhamdulillah, seronok rasanya jual resume ni. Walaupun tak lah banyak mana, tapi puas hati rasanya bila customer puas hati dengan design yang guna powerpoint ni je. Siapa partner saya ? Jawabnya belum ada siapa-siapa. Tapi, kalau ada apa-apa decision penting yang saya nak buat, saya selalu tanya wife saya. Sebab wife saya selalu interview candidates di Etiqa Takaful. Segala urusan business resume ni, dari A to Z saya pikir sendiri, dan handle sendiri. Dari Design Template, Design posting, Write-up, Duit Modal FB ads, Account, mereka yang komen “PM”, whatsapp “PM”, semua saya handle sendiri. Saya kerja, full time employee di syarikat yang datangnya dari US, tapi saya kuli je.

Gambar-gambar kat bawah ni, pembaca mungkin boleh paham briefly macam mana saya edit. Kalau nak terangkan satu-satu cara, panjang sangat nanti. Jadi saya tunjuk secara brief sahaja, macam mana saya edit. Siapa tahu, kalau ada rezeki, boleh lah saya bukak kelas, ajar cara-cara guna powerpoint untuk editing.

P.s: saya edit guna Microsoft Powerpoint version 2010. Version 2007 tak compatible.

LANGKAH 1
Letak gambar dulu. Preferably yang nampak bahu. Crop agak-agak je, then letak kat tempat yang sesuai.

Lepas tu saya create box yang half transparent ni. Saya pernah tunjuk cara-caranya dekat posting bulan ogos yang lalu. Link




LANGKAH 2
Sekarang, letak tulisan nama ikut kesesuaian. Macam yang ni, saya guna dua jenis font.
Font : Aharoni + Rage Italic



LANGKAH 3
Then, tambah line ikut kesesuaian.



LANGKAH 4
Then, masukkan info bit by bit. Tekan insert > add text untuk tambah wording



LANGKAH 5
Lagi info. Ikut kreativiti.



LANGKAH 6
Nampak kan, berapa banyak item yang kita dah masukkan. Nampak macam agak memeningkan sebab banyak benda nak kena letak. Kalau guna photoshop, boleh work on layer by layer. Tapi powerpoint, takde layer.



LANGKAH 7
Then saya akan save page yang dah siap tadi, sebagai JPEG.
Instructions:
1. Klik Save as
2. Tukar format jadi JPEG
3. Klik Save

Dah siap save, saya bukak powerpoint baru, dan paste supaya nampak mcm kat dalam gambar. Letak page 1 and 2 kiri kanan.



LANGKAH 8
Sekarang, right click kat gambar tu, tekan “Format Picture”. Box Format Picture akan appear macam yang kat sebelah kanan tu.



LANGKAH 9
Klik 3-D Rotation, Klik Presets, Klik Perpective yang sesuai.



LANGKAH 10
Masih lagi kat 3-D rotation, bahagian yang saya kotakkan tu, boleh adjust rotation gambar tu. Biar nampak hidup.



LANGKAH 11
Sekarang klik 3-D Format, tukar width dan height macam dalam gambar. Kalau rasa tak sesuai, boleh try and error width dengan height tu supaya sesuai dengan keperluan gambar.



LANGKAH 12
Masih lagi kat 3-D Format, klik material, pilih special effect yang saya kotakkan. Atau boleh try and error jugak special effect yang lain.



LANGKAH 13
Sekarang klik Shadow, tukar 3 benda yang saya kotakkan tu. Letak 100, 45, 100. Kalau rasa tak sesuai, boleh try and error letak figure lain.



LANGKAH 14
Ni hasil lepas gambar dah di 3-D kan. Repeat benda yang sama dekat gambar yang lagi satu tu.



LANGKAH 15
Then add lah wording yang patut kat bawah tu. Then add lah logo apa yang patut. Then save as JPEG macam yang saya mention awal tadi.



LANGKAH 16
Ni lah hasil lepas siap.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. If it's stupid but it works, it's not stupid. Awesome job, this!

    BalasPadam
  5. ada pelbagai cara maksudnya dan ini salah satu caranya jd apa masalahnya kan...

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "