Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Tertunggu-Tunggu, Akhirnya Pemandu Myvi Nahas DUKE Dijatuhkan Hukuman Oleh Mahkamah

21 Feb 2018

21 Feb - Dua pemandu Perodua Myvi dipenjara tiga tahun selain didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi. Keduanya didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak dalam nahas di Lebuih Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) tiga tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Majistret Zilfinaz Abbas telah membuat keputusan itu terhadap Siti Noor Aini Mohd Said, 38 dan Mohamad Fizal Reza Jamaluddin, 33, selepas mendapati pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Selain dari hukuman penjara dan denda, kedua-dua tertuduh juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun dan mahakamah mengeluarkan arahan tambahan dua tahun penjara jika gagal membayar denda.


Menurut Zilfinaz, mahkamah sangsi terhadap penjelasan dan tidak dapat menerima keterangan kedua-dua tertuduh.

“Keterangan kedua-duanya tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata. Kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan disabitkan bersalah,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Omar Bakhi Ahmad yang mewakili Siti Noor Aini dan SN Seelan yang mewakili Mohammad Fizal Reza supaya hukuman penjara ke atas anak guam mereka ditangguhkan kerana akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 6, DUKE, arah Ulu Klang ke Jalan Duta antara jam 12.31 tengah malam dan 1.05 pagi, 2 Mei 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Tragedi yang menggemparkan itu tular di media sosial dan media massa tiga tahun lepas yang menyebabkan dua anak mangsa, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila, yang ketika itu berusia tujuh dan tiga tahun jadi yatim piatu selepas kehilangan ibu dan ayah mereka dalam nahas tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan telah mengemukakan seramai 18 saksi di peringkat pendakwaan manakala pembelaan memanggil dua saksi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "