Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khasiat Daun Sireh Bantu Rawat Batuk Dan Hidung Tersumbat Bayi

12 Feb 2018

Penyebab utama selesema dan batuk adalah disebabkan saluran pernafasan yang telah dijangkiti oleh virus dikawasan hidung dan tekak.  Faktor serangan pula mungkin disebabkan oleh reaksi alahan daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan.  Selain itu, cuaca juga menjadi salah satu faktor kerana cuaca yang terlalu panas atau sejuk menyebabkan sistem imun menjadi lemah justeru, badan akan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.

Selain mendapatkan rawatan alternatif, ada juga yang mencuba cara tradisional untuk memulihkan virus selsema dan batuk berkahak.  Seperti perkongsian Puan Shikin, beliau lebih cenderung memilih rawatan tradisional dengan menggunakan daun sireh sebagai penawar masalah selesema dan hidung tersumbat anaknya.

Ternyata daun sireh memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kerana kandungan antiseptik yang tinggi serta minyak yang diekstraksi itu berfungsi untuk menghangatkan tubuh dan mengurangkan masalah hidung tersumbat.  Dalam perubatan tradisional Cina, daun sireh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kerana mempunyai sifat detoksifikasi, antioksidan dan antimutasi.

Dibawah ini perkongsian Puan Shikin yang berhasil mengubati masalah hidung tersumbat anaknya dengan penggunaan beberapa helai daun sireh serta sedikit minyak.  Mungkin ada para ibu yang ingin mencuba kaedah ini, semoga bermanfaat.

Assalamualaikum..

Salam jumaat..Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dr puan Farhain Azmi



Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam..Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu..sapu minyak asmak..okay boleh tidur..

Pagi ni nampak tak selesa lg hidung macam tersumbat,so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.

Kemudian tak lama tu eijaz bersin..haaaa..kuar cendol hijau..nmpk kelegaannya di situ..

Alhamdulillah..

1. Layurkan sireh pd api lilin/dapur

2. Sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby

3. Selepas layur letakkan balm/vicks pd daun sireh

4. Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.

5. Selamat mencuba

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "