Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Beli Rumah Hari Ni, Jadi Aset Kita Ke Aset Bank," Elak Beli Rumah Sekarang, Guna Duit Untuk Mulakan Perniagaan

19 Feb 2018
Gambar Hiasan
19 Feb - Memiliki rumah sendiri sebagai aset adalah impian bagi semua orang. Siapa yang tak nak duduk di rumah sendiri dan menghiasnya mengikut kehendak hati ini.

Seperti semua maklum, harga rumah di Malaysia pada masa ini boleh dikategorikan sebagai rumah 'mampu lihat' sahaja. Apabila anda sudah bersemangat mengumpul wang untuk memiliki sebuah kediaman impian, namun keinginan itu hilang sedikit demi sedikit selepas melihat tanda harganya yang kini paling minimum  RM200 ribu.

Bukan tujuan penulis untuk mematahkan semangat anda jika anda sudah mula berazam memiliki kediaaman sendiri. Tetapi, adakah kita mampu mengubah harga tersebut atau kita hanya mampu memilih jalan alternatif untuk menjadi tuan rumah untuk sebuah rumah.


Bak kata pepatah, "jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga." Malah watak Jijo dalam filem Rock arahan Mamat Khalid juga pernah berkata "kapal selam jika tak boleh menyelam, naik saja ke darat."

Seorang pengguna Facebook dan juga Ketua Pengarah Eksekutif Carl Capital Group (CCG), Khalif Samsudin telah melontarkan pendapat beliau dan mempersoalkan adakah sekarang masa sesuai untuk kita membeli sebuah rumah dengan tempoh bayar balik pinjaman selama 30 tahun yang akhirnya rumah kita akan dilelong.

Menurut beliau, mungkin cara kita itu sesuai untuk digunakan pada 30 tahun yang lepas yang mana kebanyakkan dari datuk dan nenek kita memiliki tanah mereka sendiri untuk membina sebuah rumah yang terus diduduki oleh anak dan cucu mereka hingga kini.

Jom ikuti perkongsian Khalif Samsudin yang mungkin memberi pendapat dan inspirasi kepada kita.

Kenapa saya yakin kita tidak sesuai untuk membeli rumah sekarang?

30 tahun yang lepas, pada tahun 1987 kita semua mempunyai atuk dan nenek. Atuk kita bekerja dan nenek kita langsung tidak bekerja (kalau nenek bekerja ini memang susah sangat nak jumpa). Pada 30 tahun lepas ini, kebanyakkan atuk kita mempunyai tanah, rumah, kereta yang semuanya dah habis dibayar awal dan nenek kita masih tidak bekerja pun untuk menanggung isi rumah. Anak pun ramai
.
Sekarang, suami bekerja isteri pun bekerja sekali. Suami isteri cari duit tapi masih sesak nak tanggung kehidupan kita setiap bulan. Dapat duit tiap bulan habis bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi. Tanah pun takda, anak seorang pun dah susah nak bayar keperluan. Belum lagi yang masih belum ada anak atau yang masih belum kahwin dah sesak-sesak hidup. Tapi dream untuk beli rumah yang mana akan bayar loan hampir 30 tahun lagi baru rumah itu jadi hak milik kita. 30 tahun itu adalah pada tahun 2048
.
Persoalanya? Mampukah kita hari ini nak bayar selama 30 tahun rumah yang kita impikan tersebut sebelum menjadi hak milik kita yang kita gelarkan sebagai “asset”? Kalau kita beli rumah hari ini, rumah itu asset kita atau asset bank? Bayangkan sekarang pun kita dah sesak-sesak nak bayar rumah, macamana lagi 30 tahun kita harus tempuhi? Hari ini bayar ontime, next year lewat seminggu, next year lagi lewat berbulan, dan next year lagi bank hantar surat nak rampas rumah dan nak lelong

Gambar Hiasan

Apa jadi bila semua rumah dilelong? Orang nak beli rumah lelong pun dah tak mampu sebab kita dah dibankruptkan oleh bank sebab kita dah terbeli rumah dahulu. Dan masa inilah siapa ada cash akan jadi king untuk beli rumah yang bakal dijual jauh lebih rendah dari cost. Rumah yang berharga RM400k sekarang mungkin akan berharga RM70k-RM80k sahaja masa itu. Boleh lah kita borong bagi mak anak kakak kawan sepupu sedara dan mereka yang memerlukan
.
Sebab itu apa yang saya terfikir, dari kita ada deposit duit untuk beli rumah itu, apa kata gunakan duit tersebut usaha untuk berniaga dan kembangkan duit tersebut pelbagai cara dari membeli rumah. Dengan ilmu dan guide yang betul insyaAllah dari beli rumah loan kena 30 tahun boleh beli rumah cash ambil masa kurang 3-4 tahun sahaja - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Bole dipertimbangkan jugak... Memey masa ni.. Zaman semak

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "