Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Bagi Kanak-Kanak Makan Produk Sembarangan, Ini Cara Untuk Naikkan Selera Makan Mereka

22 Feb 2018
3 ulasan

Sering kali kita lihat di kaca televisyen yang memaparkan iklan tentang produk makanan tambahan untuk kanak-kanak bagi merangsang selera makan mereka kerana seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak kecil memang agak sukar untuk makan jika makanan tersebut tidak sesuai dengan selera mereka.

Kanak-kanak lebih cenderung untuk makan makanan yang mereka gemari seperti jajan, makanan ringan dan segera yang pastinya tidak mengandungi khasiat untuk tumbesaran mereka.

Bagi ibu bapa yang masih ragu-ragu untuk memberi produk makanan tambahan kepada anak-anak kerana belum pasti khasiat dan risikonya, terdapat beberapa kaedah yang dikongsi oleh Puan Imelda Balchin di laman facebookny boleh digunakan untuk menambat selera makan anak-anak kecil.

Mari ikuti perkongsian berguna ini.

Ada netizen tanya, boleh ke bagi kanak-kanak produk yang menambahkan seleranya makan?

Saya jawab, JANGAN bagi kanak-kanak produk sebarangan.

                                                             - Gambar Hiasan

Ada cara lain untuk memberi rangsangan dan stimulasi supaya kanak-kanak kecil suka makan.

1) Jangan paksa atau marah-marah masa makan. Anak-anak kecil akan mengaitkan pengalaman yang tidak seronok dengan makanan. Kalau masa ini tak mau makan, mungkin tak lapar, tak payah paksa atau marah.

2) Jangan bagi snek manis bergula sebelum masa makan atau minuman bergula. Kanak-kanak perut kecil dan cepat kenyang.

3) Galakkan aktiviti yang cergas, mereka yang cergas selalunya lebih selera makan. Senaman dalam aktiviti setiap hari lebih baik daripada duduk tengok TV atau main dengan ipad.

4) Letak makan sedikit saja atas pinggan, lepas habis baru tambah, bila ada sedikit saja baru mereka tunjuk minat dan berebut-rebut.


5) Makanan yang budak-budak suka lembut-lembut dan senang telan macam pasta, mereka tak suka makanan yang masin atau kuat perasa - masak bland sikit untuk mereka sebab lidah mereka lebih sensitif dari orang dewasa dan mereka boleh rasa yang kita tak rasa. Kalau dewasa kata masam, ini terlalu masam untuk kanak-kanak kecil. Kalau dewasa kata masin, ini terlalu masin untuk kanak-kanak kecil. Kalau dewasa kata tak ada rasa, kanak-kanak kecil akan suka!

6) Saya suka menghias makanan untuk menghibur anak-anak supaya mereka seronok nak makan seperti contoh carrot berbunga, nasi dalam bentuk ikan (guna acuan yang buat biskut atau jelly untuk bentukkan Nasi). Sila lihat gambar-gambar masakan saya untuk anak-anak saya di sini. Nasi goreng saya gulung dalam telur dadar.

7) Saya selalu letak dalam pinggan yang bagi mereka terhibur seperti pinggan spiderman sebagai contoh. Lepas habis makan baru nampak spiderman.

8)Tukar menu supaya mereka tak bosan makanan yang sama.


9)Tak ada gangguan lain yang menarik tumpuan mereka masa makan. Tutup TV, tutup ipad, jangan tunjuk dessert atau manisan sampai dah habis makan.

10) Paling penting sekali makan bersama ibubapa. Kalau tak makan bersama dalam suasana gembira, mereka tak seronok nak makan. Mereka suka ikut apa ibubapa buat sebagai teladan. Tunjuk yang kita pun selera makan dan bagi perhatian kepada anak-anak masa makan. Mereka suka sangat dapat attention dan akan tunggu masa makan bersama ibubapa.

11)Kalau susah juga, ajak anak-anak tolong masak sama-sama atau sediakan makanan, kemudian beri puji-pujian sedapnya anak buat, Insyallah anak-anak bila terhibur dan hati gembira akan lebih selera nak makan.

Semoga bermanfaat.

Sumber- Imelda Balchin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "