Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) ''Ini Syurga Kecil Saya'', Idea Kreatif Dekorasi Bilik Menjadi ''Rumah Kecil" Untuk Anda Yang Duduk Dengan Mertua

12 Feb 2018

Bukan mudah hidup berumah tangga. Suami mahupun isteri harus mempunyai persefahaman dan sikap toleransi antara satu sama lain untuk mengelakkan masalah timbul. Sebagai contoh, perkara yang sering menjadi isu antara suami dan isteri adalah samaada mahu tinggal sendiri atau tinggal bersama mertua.

Ada yang berpendapat wajib tinggal berasingan untuk mengelak konflik antara isteri dan mertua, namun ada juga yang berpendapat sebaliknya. Tidak kisah apa pun pilihan anda, janji kehidupan berumah tangga yang dijalani bersama pasangan, bahagia.

Bagi wanita yang tinggal bersama mertua atau ipar duai, isu aurat sering menjadi keutamaan. Pergerakan isteri di rumah juga terbatas. Pernahkah anda terfikir ruangan bilik yang sederhana luas boleh dijadikan "rumah kecil" bagi anda dan pasangan? Siap dengan ruang tamu, dapur dan toilet sendiri dengan bajet yang minima. Masih boleh merasa seperti tinggal di rumah sendiri walaupun tinggal bersama mertua.

Perkongsian oleh Ain Zaki menerusi group Ilham Dekorasi di laman facebook mendapat perhatian ramai netizen. Wanita ini yang tinggal bersama ibu bapa mertua berjaya membuat ruang privasinya sendiri dengan mengubah kamar tidur menjadi sebuah "rumah" kecil. Cantik, lengkap dan kemas.

Jom ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua, terutamanya suami. Bila lagi nak gembirakan hati pasangan seperti ini?

Dapur dalam bilik tidur! 

Belum ada rumah sendiri, duduk dengan mentua, dalam rumah ada 2 family ipar duduk skali..

Rasa pgerakan terbatas bila masak2 kat dapur bawah.. yela , pakaian kita kena jaga kan.. xkan nak pakai mcm dlm rumah sendiri..

Pujuk encik husband untuk reno sikit buat dapur dalam bilik.. memandangkan bilik besar juga.

Taraaa .. dah siap reno. Simple je . Sekangkang kera.. tapi tetap syukur dan sangat2 hepi at least dapur iols berasap hari2.

Pintu masuk menuju ke dapur

Dapur saya kecik kira2 5petak tile 4segi tu.. Brg2 mcm pinggan
mangkuk /minyak  segalanya saya sorok dlm kabinet.

Dlm bilik pakai dapur karan , ada blower , ada tingkap & ada pintu .. bau masuk blik tu ada la tp tak la sampai berbau tilam baju semua.. stakat bau2 harum je gituu..

Saya pakai dapur electric je..

Ruang tamu saya , pun dalam bilik. Pintu sebelah tv tulah pintu ke dapur. Pintu munga2 tu pintu toilet. Sebelah pintu toilet ada 1 lagi pintu kuar masuk. Huhu malas snap sebab ada tuala bergantung.

Dinding belakang tv tu low cost je, sy pakai gibson board. Bukan batu bata. Jadilah setakat nak bagi penghalang dapur je kan.. Kukuh. Tapi tak boleh hang benda berat.



Nak makan apa cakap jer.. Semua bahan lengkap. Peti ais ada tapi besar sangat tak muat dapur. Jadi letak kat luar (dalam bilik).


Side sebelah.

Keseluruhan.. semua dlm satu bilik.

Tapi bagi saya .. ni syurga kecil kami. Doakan sy ada rezeki beli rumah sendiri..

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "