Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

6 Cara Hias Bilik Tidur Tanpa Katil, Tampil Simple Tapi 'Awesome'

21 Feb 2018

Bilik tidur antara tempat paling lama kita luangkan masa sebenarnya.  8 jam sehari untuk melelapkan mata semestinya kita mahukan ruangan kamar tidur yang selesa dan nyaman.  Ruangan bilik tidur biasanya tidak terlalu besar, oleh itu dekorasi ataupun penambahan barangan yang besar membuatkan kamar anda akan menjadi sempit.

Bagaimana kalau bilik tidur anda disusun suai dengan tilam tanpa katil serta beberapa dekorasi minimal? Jangan terkejut, walaupun tiada katil namun bilik tidur anda akan kekal lengkap dengan susunan tilam yang nampak kemas dan kreatif!

Tak percaya?  Diyana MJ melalui perkongsian daripada Facebook miliknya membuktikan dekorasi bilik dengan tilam tanpa katil ternyata memukau dan secara tak langsung menjimatkan duit poket anda.  Mari lihat beberapa gambar kamar tidur dengan tilam sebagai inspirasi dekorasi anda.  Harap dengan idea ini dapat membantu anda tidur dengan lebih nyaman!



Tips guna tilam tanpa katil tetap cantik

Nah! Bagi pasangan yang baru berkawin tu kan kalau kurang bajet takyah la beli katil dulu. Korang tetap boleh hias bilik tido dengan cantik walaupon tilam je tanpa katil.

Paling penting tau nak susun atur macam mana bagi nampak kemas dan kena dengan tema, barulah mood bahagia tu datang. Lagipon korang dah penat-penat kerja balik rumah tempat yang korang paling nak duduk adalah dalam bilik tidur.

Betul tak?

Gambar-gambar di bawah ni adalah idea alternatif bagaimana nak guna tilam tanpa katil tapi masih menaikkan aura cantik. Paling penting kurang bajet, ringkas dan murah!

Rendahkan paras item dalam bilik
Pastikan segala dekorasi dinding seperti frame gambar digantung pada paras yang sesuai dan tidak terlalu tinggi.

Cari meja sis dan almari yang tidak terlalu tinggi untuk sekatakan pemandangan didalam bilik supaya tidak nampak cacat.



Tilam yang berkualiti 
Korang boleh beli tilam yang berkualiti sedikit serta kukuh supaya nampak lebih mewah. Boleh lebihkan bajet pada tilam dahulu sebelum membeli katil.

Bantal dan kusyen pelbagai saiz
Bantal yang bersize besar akan memberi impak pemandangan yang lebih gah, nak nak lagi kalau korang pandai cari design/corak kusyen yang menarik.

Penuhkan bahagian kepala tilam dengan bantal dan kusyen tadi nampak efek lebih sempoi tapi tetap cantik!


Elemen kasual
Sebelum membeli elemen-elemen dalam bilik, tetapkan tema terlebih dahulu. Tak perlu beli perabot yang mahal, janji cantik sudah memadai dan kena dengan konsep.

Bolehjer hias bilik dengan mix pelbagai warna elemen, barulah nampak kasual.

Pastikan bilik kemas dan tersusun
Saya sarankan supaya minima kan barang perabot didalam bilik supaya tak nampak berserabut.

Pilih perabot dan aksesori yang simple, kurangkan dekorasi yang sarat seperti cadar ropol-ropol.

Paling penting sentiasa lah kemas tempat tidur anda, lantai pastikan dalam keadaan bersih tanpa sebarang barang yang bersepah. Barulah sedap mata memandang.


Pilih warna cadar yang sesuai
Saya lebih suka warna cadar yang lebih cerah sebab nampak lebih simple dan kurang berserabut. Jika cadar anda ada design yang sarat, saya cadangkan anda sekatakan warna perabot didalam bilik.

Okay itu saja nak share dengan korang. Sesape yang single atau tade bajet beli katil bolehla cuba idea ni. Yang pasti kau orang akan tido dengan nyenyak sekali! 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "