Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Saya Hanya Terbayang Orang Jumpa Mayat Saya Terapung,'' Kisah Saat Getir Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

23 Jan 2018
2 ulasan

23 Jan - Masihkan anda ingat kepada peristiwa kehilangan seorang wanita, Nur Umaisarah Same'aun yang sesat di Gunung Tahan pada tahun 2008?

Beliau yang hilang dalam tempoh 19 hari telah ditemui dalam keadaan lemah tak bermaya. Umai yang ketika itu merupakan Komander Kesatria telah mengikuti satu ekspedisi untuk menawan Gunung Tahan bersama- rakan-rakannya.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Februari 2008 itu, masih segar dalam ingatan Umai sehingga kini. Menurut beliau, dia mula sesat apabila dalam perjalanan untuk turun daripada gunung tersebut setelah selesai sampai ke puncak.

Kejadain bermula apabila beliau mengambil satu lorong di sebelah kiri hanya untuk melihat sebuah pokok bonzai yang tumbuh disitu. Kelekaan beliau yang terus mengikut di lorong kiri tersebut telah menyebabkan beliau tersedar bahawa beliau telah sesat.


"Ketika itu sangat panik dan saya menjerit meminta tolong berkali-kali dan saya sebut nama semua kawan-kawan saya," katanya ketika ditemu bual oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dalam keadaan yang cemas itu, Umai juga turut melaungkan azan dan takbir dengan tujuan memohon petunjuk dari Allah S.W.T serta berharap ada sesiapa yang mendengar suaranya itu.

"Selepas itu, saya terdengar bunyi air terjun dan teringat satu tips jika sesat di dalam hutan untuk mengikut arah air sungai dengan harapan saya boleh sampai semula di kem tempat kita berkhemah," ujarnya lagi.

Dalam perjalanan mencari bunyi air tersebut beg yang disandang oleh Umai terjatuh ke arah tebing sungai dan beliau juga turut terjatuh. Kesan daripada kemalangan itu, dia terasa lutut kirinya terasa sakit.  



"Lutut saya terhentak pada sesuatu yang keras, rasa sakit sangat dan saya menjerit sekuat hati," kata Umai lagi.

Selepas mendapat tenaga semula, Umai meneruskan perjalanan. Ketika itu tiada sebarang makanan yang ada bersama beliau kecuali coklat choki-choki sekadar untuk mengalas perut.

Ketika dalam situasi itu juga, Umai tidak berhenti untuk berzikir dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dalam kesusahan yang beliau sedang hadapi ketika itu.

Sedang beliau duduk dan berfikir, Umai teringat satu tips iaitu membuat unggun api menggunakan cermin mata yang dihalakan ke cahaya matahari. Namun, usaha beliau untuk sesiapa mengesan kedudukan beliau ketika itu gagal.

Jom ikuti filem pendek lakonan semula serta pengalaman yang diceritakan oleh Umaisarah sendiri yang diterbitkan oleh ASWARA. Semoga dapat memberikan pengajaran kepada pembaca. Video ini dimuat naik oleh laman Facebook SUEK Bro.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "