26 Jan - Seorang isteri bekas pengacar dari Indonesia mendakwa telah dicabul oleh salah seorang kakitangan sebuah hospital antarabangsa di Surabaya, Jawa Timur, lapor Line Today
Bekas pengacara itu membuat laporan polis terhadap apa yang terjadi kepada isterinya di Balai Polis Kota Besar Surabaya.
Kejadian itu tular di media sosail menerusi sebuah video. Dalam video yang berdurasi 52 saat itu menunjukkan seorang pesakit wanita menangis sambil menuduh seorang jururawat lelaki yang berada di depannya telah mencabul kehormatannya.
Menurut video itu juga, didapati jururawat lelaki itu memohon maaf atas perbuatannya dan bekas pengacara itu juga mengaku bahawa pesakit itu di dalam video itu adalah isterinya.
Menurut suaminya, kejadian itu berlaku selepas isterinya selesai menjalani pembedahan dan ingin dibawa ke wad pemulihan. Seorang jururawat lelaki telah mengambil kesempatan terhadap wanita itu yang separuh sedar kesan daripada pembedahan yang beliau jalani.
Pada mulanya jururawat itu tidak mengaku selepas melakukan perbuatan itu. Namun, setelah didesak oleh wanita tersebut akhirnya dia mengaku dan terus memohon maaf.
Ketika kejadian, difahamkan suaminya tidak berada di situ. Suaminya diberitahu tentang kejadian itu menerusi aplikasi pesanan ringkas.
Sehingga berita ini ditulis, pihak hospital terbabit belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang kejadian yang memalukan itu.
- Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877