Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Tahan Perangai Isteri, Baru Kahwin 8 Bulan Rasa Nak Cerai, 3 Tips Ini Untuk Mantapkan Rumahtangga Lebih Jitu

26 Jan 2018
Gambar Hiasan


Setahun berumahtangga, mungkin ada diantara anda yang sudak 'masak' dengan perangai pasangan masing-masing.  Kalau sebelum kahwin, isteri tampak lembut dan mendengar kata namun kini ternyata sebaliknya.

Isteri dilihat menjadi lebih dominan jika dia merasakan bahawa si suami tidak mengambil tanggungjawab dengan baik atau si isteri ini sendiri mengambil alih kuasa mengendali rumah tangga dengan jitunya.

Namun jauh disudut hati mereka, isteri sebenarnya mahukan yang terbaik untuk rumahtangga itu.  Perasaan 'insecure' atau ragu-ragu terhadap semua ini rasanya dimiliki setiap wanita.  Lagi-lagi dengan kes penceraian disebabkan pihak ketiga yang semakin membimbangkan.  Apatah lagi jika sudah mempunyai cahaya mata, pelbagai cara dilakukan untuk mengawal suami.


Ikuti kisah dibawah daripada Wana Abas Shafurah Abas supaya dapat dijadikan panduan menuju rumahtangga yang bahagia dan diredhai Allah swt.  Daripada cerita yang dikongsi, seorang lelaki bergelar suami yang berusia 25 tahun, baru berkahwin tak sampai setahun, sudah terniat ingin menceraikan isterinya kerana tidak tahan dengan sikapnya.

Saya kerap juga menaiki grab atau uber.

Beberapa bulan lepas saya menaiki uber untuk perjalanan agak jauh. Waktu jem pulak tu. kebetulan saya dapat driver yang rajin berbual. Muda lagi orangnya. Lepas hampir 15 minit bercerita, sekali terkeluar cerita yang isterinya bekerja.

“Ko dah kahwin ke dik? Nampak muda lagi”

“Saya baru kahwin 8 bulan akak. Saya umur 25. Isteri saya umur 23. Tapi saya rasa nak bercerai la.”

Terkejut saya “ko biar benar. Baru lagi kahwin dah nak bercerai”

Gambar Hiasan
“ Saya tak tahan dengan perangai isteri saya kak. Dia tak bagi saya keluar dengan kawan kawan. Saya malam malam naklah lepak ngan kawan
Ada sekali tu dia tanya saya kat mana. Terus dia datang tempat saya lepak tu. Stress saya.”

Saya dengar terus jadi kesian
“Ko nak tak akak share tips macamana nak keluar lepak malam tanpa isteri marah?”

“Serius ke kak. Camane?”

Tetiba rasa cam kaunselor pulak
“ Ko buat 3 mende ni. Sure isteri ko tak kisah ko lepak dengan kawan kawan malam malam.”

“Pertama sebelum ko keluar make sure ko dah siapkan makanan untuk isteri ko makan. Dah berbual dengan dia. Kalau ada anak nanti make sure anak dah makan, dah mandi, dah cebuk berak. Jangan ko keluar jumpa kawan kawan isteri tunggang terbalik urus anak masak suap anak makan.

Gambar Hiasan


Kedua ko tunaikan hak ko dengan tuhan. Pergilah solat kat masjid. Dapat seminggu sekali pun bagus. Bawa isteri ko sekali ajak dengar ceramah. Kalau ada anak nanti ko pastikan anak solat mengaji. Semak bacaan anak solat. Baca alQuran ke. Seminggu 1 muka surat pun takpe. Ni setahun 1 mukasurat manala bini ko nak confident ngan ko.

Gambar Hiasan


Last sekali lepas balik lepak make sure bangun subuh dan belikan siapkan makanan untuk isteri. Pastu pukul 8 ko sambunglah tidur. Ni tidak, dah la balik lambat, subuh tidak. Siap terbongkang sampai zohor. Mana isteri ko tak marah.”

Gambar Hiasan
“Betul juga tu. suami akak buat ke semua tu?” Dia tanya balik

“Buatlah dik. Sebab tu akak tahu dan ok dia keluar. Melainkan anak sakit barulah akak bising. Ni rahsia besar. Akak bagitau sebab kesian kat ko muda muda nak bercerai.”

Sedang elok pula kereta sampai kat rumah
“Tq akak. Saya suka tips ke 3. Saya cuba akak. Rezeki saya jumpa akak”

“Syaitan memang suka tengok suami isteri bercerai. Selagi boleh cuba bertahan. Tak boleh nak buat macamana” sempat sound sebelum keluar kereta.

Tetiba rasa lupa nak pesan.

“Last sekali dik, kalau ada kawan ko yang perli perli ko kalau berbuat baik kat anak isteri pastu sibuk kempen ko kawin lain sedangkan tak pernah ajak ko buat perkara baik. Ko hati hati dik. Ni namanya kawan kawan membawa ke neraka.”

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "