Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saintis Cina Berjaya Cipta Dua Monyet Melalui Teknik Klon

25 Jan 2018
2 ulasan

Beijing- Dua monyet klon pertama berjaya dihasilkan oleh saintis Cina yang menggunakkan proses sama sewaktu mencipta biri-biri, Dolly, lebih 20 tahun lalu.

Monyet berekor panjang yang dilahirkan di Akademi Sains China (CAS) Institut Sains Saraf di Shanghai ini dinamakan Hua Hua dan Zhong dan mereka merupakan hasil penyelidikan bertahun-tahun tentang teknik pengklonan serta pemindahan sel nuklear somatik.

"Usaha ini berjaya meruntuhkan halangan," jelas Pengarah Pusat Kecemerlangan dalam Sains Otak dan Teknologi Kebijaksanaan CAS, Muming Poo.


Teknik berikut digunakan sehingga kini untuk mengklonkan lebih 20 spesis haiwan yang berbeza seperti anjing, khinzir dan kucing tetapi monyet dipercayai terbukti sukar untuk dilakukan.

Keberhasilan mencipta monyet yang kini berusia lapan dan enam minggu itu juga menunjukkan sejauh mana saintis kini hampir untuk mengklon manusia pada masa akan datang.

Pendekatan ini mungkin digunakan untuk menghasilkan lebih banyak monyet untuk tujuan penyelidikan, dan mengelak mengambil haiwan itu dari hutan

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "