Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rahsia 'Teknik Mambang Tanah' Cikgu Zuraidi Bagi Tips Bagaimana Hasilkan Lengkungan Trek Olahraga Yang Kemas

26 Jan 2018

Kejohanan olahraga sekolah merupakan aktiviti penting sekolah yang melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh.  Oleh itu pihak sekolah perlu menyediakan padang sesuai mengikut spesifikasi trek atau gelanggang yang ditetapkan.

Peralatan yang sesuai juga diperlukan untuk menentukan arena pertandingan disediakan dengan baik.  Ikuti perkongsian dibawah seorang guru yang bertangggungjawab menyediakan trek sempena acara olahraga sekolahnya dengan teknik 'Mambang Tanah', iaitu teknik membuat lengkungan yang sempurna.

RAHSIA TEKNIK MAMBANG TANAH.
Untuk membuat line trek olahraga kita memerlukan teknik untuk memudahkan kerja kita. Teknik ini sengaja saya namakan sebagai teknik MAMBANG TANAH. Teknik ini juga merupakan salah satu teknik yang sering digunapakai untuk membuat lengkungan trek olahraga di SK Padang Terap. Cikgu Di @ Zuraidi ni seorang guru yang cukup pengalaman dalam hal berkaitan padang, pertukangan dan juga mahir dalam kemahiran Welding. Kadang-kadang Cikgu Di ni membuat garisan lurus tanpa menggunakan sebarang tali, hanya terus menolak jentolak. Tanpa teknik ini Cikgu Zuraidi juga mungkin tak dapat membuat lengkungan sepantas dan secantik ini. Terima kasih buat Cikgu Zuraidi yang banyak membantu dalam kerja-kerja padang yang amat meletihkan ini.




Jadi hari ni saya bongkarkan Teknik MAMBANG TANAH ini. Teknik ini sebenarnya ramai guru sukan pernah mengggunakannya untuk membuat padang. Teknik ini menggunakan DAWAI yang diikat pada jentolak dan ditarik dari pusat bulatan. Penggunaan Dawai lebih praktikal dan lebih tepat berbanding menggunakan tali kerana tali mempunyai sedikit sifat kekenyalan menyebabkan lengkungan trek tidak cantik. Dawai yang bersaiz kecil ini tidak jelas kelihatan dalam rakaman video tersebut, menyebabkan ramai guru agak terkejut & tertanya-tanya.



Di sini saya kongsikan tip-tip ringkas untuk membuat line padang yang pantas dan jelas dengan menggunakan TEKNIK MAMBANG TANAH ini.

1. Perlu sediakan DAWAI sepanjang 25 - 27 meter (untuk Trek 200M). Dawai jangan terlalu besar.

2. Pacakkan besi pada pusat bulatan dan dawai tersebut di ikat longgar pada besi tersebut dalam ketinggian 4 - 6 inici, agar tidak menyentuh rumput apabila jentolak sedang bergerak.

3. Pastikan Dawai sentiasa tegang semasa Jentolak bergerak agar lengkungan line trek lebih tepat dan menarik.

4. Untuk kelancaran & Kejelasan line padang, di sarankan utk mnggunakan Minyak Hitam BACKHOE @ BULDOZER @ LORI kerana minyaknya lebih HITAM, PEKAT dan MELEKAT, menjadikan kerja lebih mudah dan lancar.

5. Untuk lebih lancar lagi Jentolak perlu sentiasa di servis iaitu dengan membuang rumput2 yang terdapat dalam jentolak.

Semoga tip ringkas ini dapat membantu rakan guru untuk membuat line padang di musim kejohanan olahraga sekolah.

Siakapkeli.my

Sumber: Mohamed Faisal Haji Abdullah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "