Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jatuh Dan Pengsan Tepi Jalan, 'Tinky Winky' Disahkan Meninggal Dunia

24 Jan 2018

24 Jan - Pelakon yang membawa watak Tinky Winky dalam siri kanak-kanak  yang pernah popular satu ketika dahulu, Teletubbies meninggal dunia baru-baru ini, lapor Daily Mail

Beliau meninggal dunia selepas diserang hypothermia dan jatuh pengsan di tepi jalan di Liverpool. Hal ini disahkan oleh rakannya sendiri.

Mendiang yang bernama Simon Shelton Barnes, 52, dari Ampthill Bedfordshire di England telah dilatih sebagai penari balet dan koreografer sebelum mengambil memegang watak yang siri diterbitkan oleh BBC.

Barnes yang merupakan bapa kepada tiga anak itu telah membawa watak sebagai Tinky Winky itu dengan cukup berkesan dan mantap.


Barnes dikatakan pada mulanya keberatan untuk mengambil peranan tersebut sehingga membuatkan dia menerima emel daripada peminat dewasa dan kanak-kanak sehingga merasakan dirinya seperti salah seorang anggota kumpulan The Beatles.

Beliau juga pernah berkata mengenai wataknya dalam Teletubbies, "Saya memulakan kerjaya saya sebagai penari baley dan baru saja menjadi koreografer. Saya fikir ia merupakan langkah yang berisiko tetapi ia sebenarnya berbaloi."

Selain daripada watak Tinky Winky, siri Teletubbies juga diserikan dengan watak Dipsy, Laa Laa dan Po.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "